CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2977|Reply: 44

[Tempatan] Punca 24,941 calon tidak duduki peperiksaan SPM 2021 akan dikenal pasti

[Copy link]
Post time 16-6-2022 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Punca 24,941 calon tidak duduki peperiksaan SPM 2021 akan dikenal pasti – Radzi Jidin
By Bernama
June 16, 2022


PUTRAJAYA, 16 Jun : Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tetapi tidak menduduki peperiksaan itu, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Beliau berkata majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaan itu adalah calon SPM persendirian.

“Kita (KPM) sedang menganalisis data dan akan meneliti trend tahun-tahun sebelum ini. Jika ada peningkatan, kita akan ambil pendekatan untuk elak berulang di masa akan datang.

“Punca perlu dikenal pasti memandangkan kohort SPM 2021 adalah paling terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 18 (1) di sini sempena pengumuman keputusan SPM hari ini.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dalam sidang media mengenai keputusan SPM 2021 hari ini berkata terdapat 24,941 calon SPM 2021 tidak menduduki peperiksaan itu daripada 407,097 calon yang berdaftar.

Ditanya faktor yang mendorong seseorang pelajar tidak menduduki SPM, Radzi berkata ada antara pelajar terbabit menghadapi masalah peribadi, masalah keluarga dan masalah kewangan.

Radzi berkata pihaknya sentiasa mendekati pelajar dan keluarga yang dikenal pasti mempunyai masalah sehingga menyebabkan pembelajaran terganggu dan tidak dapat meneruskan pengajian atau tidak menduduki peperiksaan khususnya SPM. –TVS

sumber: tvstv.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 04:32 PM | Show all posts
kenapa take note lps result keluar
kenapa x find out awal




Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya anak2 yg tercicir sebab masalah peribadi dan kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 05:35 PM | Show all posts
Apa kata kerajaan terus panggil mereka untuk latihan kemahiran spt mekanik buat rumah wiring welding, kemahiran office boy ker... apa sahaja yang boleh mereka jadikan sbg asas survival, bina kehidupan dapatkan pendapatan..

Nak cakap pasal spm untuk mereka dah tak guna, mereka ketinggalan sangat jadi dari mereka terjebak ke jalan yang salah seperti masuk ke sekolah scammer untuk mendapatkan duit untuk meneruskan hidup baik buat seperti itu...

aku tak yakin mereka ada hati pun nak belajar apabila ketinggalan dua tahun.. mereka ini ada masalah yang lebih besar selain dari motivasi, begitu juga yang paling susah untuk mereka selesaikan ialah kemiskinan keluarga, siapa nak bagi duit mcm tu

.... tetapi mereka akan ada dan hidupkan sedikit saki baki motivasi bila diberi peluang belajar sesuatu yang berarti untuk dijadikan kerjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 06:30 PM | Show all posts
Mesti antaranya ada dan joint buat food delivery tak sekolah pun pendapatan boleh tinggi katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Lecturer Uitm T20 tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 11:33 PM | Show all posts
Sekolah tahfiz. Itu pun tak habis juga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-6-2022 11:33 PM
Sekolah tahfiz. Itu pun tak habis juga.

Iols bingung mcmn nasib ank2 tahfiz yg x ambik subjek akademik utk exam spt spm ni
Yg ada spm pun terkontang kanting

Iols ada sorg ank buah ambik result spm hr ni
Iols jgk ada ank buah yg sdg bljr di sekolah tahfiz tanpa subjek akademik mcm di sekolah kebangsaan

Moga yg baik2 la utk semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 11:47 PM | Show all posts
Tak sangka ramainya yg tak ambik spm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:51 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 16-6-2022 11:44 PM
Iols bingung mcmn nasib ank2 tahfiz yg x ambik subjek akademik utk exam spt spm ni
Yg ada spm pun ...

Masih boleh hidup macam orang lain cuma dorang tak boleh ikut laluan biasa.

Amik kursus2 pendek belajar kemahiran2 tertentu then try penetrate job market guna some very specific skills.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:10 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-6-2022 11:51 PM
Masih boleh hidup macam orang lain cuma dorang tak boleh ikut laluan biasa.

Amik kursus2 pendek b ...

dorg patutnya msk sekolah biasa jeatau sekolah tahfiz yg ada spm
so that blh seiring

ni dh hbs sok nk pegi ke skill2 plk
tu pun klu minat
klu x
dh lh perempuan

idk, iols sgt skeptikal dgn bdk2 yg dihantar totally ke sekolah aliran agama ni



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua abis pakat keje & kawin ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:14 AM | Show all posts
mereka2 dlm golongan 25k ni lah yg bakal menyusahkan negara sekiranya tidak di ambil pendekatan segera
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:06 AM | Show all posts
yg x ambik spm nilah yg bakal menceburi bidang mat pet dan mat rempit dimasa depan kan..and ofkoslah yg x nak spm ni 99% melayu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 17-6-2022 12:10 AM
dorg patutnya msk sekolah biasa jeatau sekolah tahfiz yg ada spm
so that blh seiring


Aiol hada ajar budak2 tahfiz yang tak belajar di di sekolah harian biasa dari Form 1-Form 4 but then masa Form 5 decided (or parents decided) untuk ambil SPM. Memang totally zero. Kosong. 0. Zen-zen wakarimasen.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:41 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 10:23 AM
Aiol hada ajar budak2 tahfiz yang tak belajar di di sekolah harian biasa dari Form 1-Form 4 but th ...

see....

pnh je ajar bdk sekolah agama yg xambik subjek sekolah harian ni
asas2 bahasa melayu je pun
yang tatabahasa ni mcm ok lg dorg faham
tp bab nk jawab soalan pemahaman yg perlu buat ayat sikit, mmg tunggang langgang hbs ayat
belum lg bab kt mn nk letak koma, kt mn nk letak titik ape semua tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 17-6-2022 02:41 AM
see....

pnh je ajar bdk sekolah agama yg xambik subjek sekolah harian ni

Hadeh, memang pening kepala. Aiol biasanya bagitau pelajar2 begini ko fokus la dengan subjek wajib lulus BM dan Sejarah tu ja. Pehtu try dapat A untuk PI. Malu la budak tahfiz takleh score A untuk PI. Maths, BI, Sains segala tu gagal pun takpa la tapi kalau lulus lagi bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 10:58 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-6-2022 10:44 AM
Hadeh, memang pening kepala. Aiol biasanya bagitau pelajar2 begini ko fokus la dengan subjek wajib ...

ye kan
fokus subjek wajib lulus je

iols x leh nk bygkn klu subjek sejarah pun nk kena ajar kt bdk2 yg dh tgl sekolah bnyk thn

iol pnh terpk nk offer ajar subjek bm yg btl2 utk dorg sit exam spm, mcm ambitious sgt nk support bdk2 ni
tp bila ajar beberapa kelas, x rs blh teruskan
sbbnya kelas pun seminggu sekali, sejam
klu btl2 iol nk buat i need more class, tempoh ms yg lbh pnjg

sygnya xdpt nk teruskan dh
maybe bila dpt tmpt yg lbh tenang, blh lh kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:30 PM | Show all posts
gila ramai penoh satu stadium.

kenapa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:35 PM | Show all posts
sbb tu iols menyampah bebudak yg duk bangga dpt result spm 7G ke apa tah tp boleh jd kaya puihhhhhhhhhhhh, pd iols SPM tak penting pd org yg kaya, family kaya raya, tp pendidikan itu penting, tp kalau dah pendidikan yg percuma pun tak ikuti apooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.085258 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list