CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3106|Reply: 52

[Tempatan] Ini berita sedih, harga ayam akan naik bulan depan!

[Copy link]
Post time 16-6-2022 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-6-2022 04:22 AM

PUTRAJAYA: Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.

"MOF akan laksanakan sesuatu untuk bantu mereka yang memerlukan, dalam berdepan dengan kenaikan harga ayam di pasaran," katanya kepada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Nanta berkata penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi ia boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.

"Sebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal," katanya.

Nanta dalam pada itu mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Apabila harga ayam diapungkan, katanya KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan jika perlu akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.

"Saya harap pihak industri tidak akan mengambil kesempatan dan menaikkan harga terlalu tinggi. Kita boleh terima sekiranya ia dilaksanakan dengan berpatutan, kerana kita pun tahu bahawa kos operasi telah meningkat," katanya.

Pada majlis perhimpunan bulanan itu, Nanta menyerahkan watikah pelantikan kepada 12 daripada 16 Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) 2022-2023. Ditubuhkan pada 2000, MPPN dianggotai wakil persatuan pengguna, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membincangkan isu kepenggunaan.
-- BERNAMA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
@pengecatbintang tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-6-2022 10:08 PM
@pengecatbintang tersenyum sinis {:ml ...



@silencekiller

@airfilterkotor

Conspiracy Theory menang lagi



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam chowkit pencen tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2022 11:53 PM | Show all posts
Kenapa nak sedeh babi kan ada

- ummah kapir selet


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 16-6-2022 10:29 PM
@silencekiller

@airfilterkotor

Acik porum T20 tersenyum bangga sambil kunyah chicken chop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kartel yang kaya raya.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 16-6-2022 11:53 PM
Kenapa nak sedeh babi kan ada

- ummah kapir selet

Tembak babi hutan kat melaka. Boleh kurangkan populasi yg cepat membiak.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 03:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2022 01:12 AM
Tembak babi hutan kat melaka. Boleh kurangkan populasi yg cepat membiak.

Tembak babi:

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika yg duduk rumah ramai2 tu mcm manalah, sekilo ayam naik rm15 katanya lepas ini
Balik kampung jika duduk rumah mak aku, ayam sehari 2ekor tu pun aku dah terasa, sbb duduk sendiri seminggu sekali jer beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 07:30 AM | Show all posts
nak makan ikan, ikan mahal la pulak...haha

makan hati je la golongan M40
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:23 AM | Show all posts
Bertabahlah sis!



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:42 AM | Show all posts
laaaa ingatkan dgn banyaknya As budak2 SPM ni dapat , rega ayam turun

apooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 08:47 AM | Show all posts
aku g pasar borong, harga 8.90/kilo.. tapi ada caj pembungkusan,pemotongan RM2.10 ke RM2.30 ke..lebih kurang..

bila g timbang, aku rasa dia g letak RM8.90/kilo tambah sekali caj RM2.10 tu..dah jadi RM11/kilo cmtu la

lepas timbang,naaah RM27 utk sekor ayam yg aku rasa2 tak sampai 2 kilo....mana datang caj lain ntah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2022 08:54 AM | Show all posts
makin melampau laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:15 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-6-2022 11:52 PM
Ayam Vietnam jah harga kekal mampu milik, RM300 sejam jah, tak ngam kalu boleh tukar

Aku skrg beli nutriplus chicken karaage aje.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Siannya yg keluarga besar. Moga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2022 09:56 AM | Show all posts
tak boleh ke semua boikot ayam for temporary?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.119801 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list