View: 1453|Reply: 11
|
[Tempatan]
Terapung dalam keadaan berpelukan
[Copy link]
|
|
Terapung dalam keadaan berpelukan
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm207pondok_1655433923.jpg)
DUA pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas jam 8.40 pagi ini. FOTO ihsan POLIS
Kota Bharu: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi ini.
Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18 dan Luqman Hakim Azman, 16, dijumpai terapung dalam keadaan berpelukan kira-kira 20 meter dari lokasi kali terakhir mereka dilihat tenggelam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, El Taraff Mohd Zachariah berkata, mayat kedua remaja lelaki itu ditemukan orang awam yang turut membantu dalam misi mencari dan menyelamat (SAR).
"Kami memulakan SAR pada 8 pagi tadi dengan membuat pencarian di permukaan menggunakan bot dalam radius 200 meter di sekitar lokasi dan belum sempat melakukan selaman.
"Pada 8.40 pagi tadi, mayat kedua-dua mangsa ditemukan terapung dalam keadaan berpelukan oleh orang ramai tidak jauh dari lokasi mangsa dilihat kali terakhir," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian petang semalam, dua remaja itu menyertai sembilan lagi rakan dari pondok yang sama untuk mandi di sungai terbabit kira-kira 5 petang.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, semua remaja terbabit dipercayai keluar daripada pondok tanpa kebenaran pihak pengurusan.
"Saksi memaklumkan ternampak seorang daripada mangsa tenggelam berdekatan dengan tempat dia mandi, manakala seorang lagi dihanyutkan arus seterusnya tenggelam.
"Mereka dipercayai kali pertama mandi di kawasan itu dan kedua jenazah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -keadaan-berpelukan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bile dgr cite bdk2 mati mcm ni remuk ati rasenya... Sebaya2 ank sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Ya...remuk hati baca berita budak2 mati ni...betul2 mengganggu emosi...
Innalillah... ... |
|
|
|
|
|
|
|
kannn.. sedihnya lahaiii.
mangsa ni adik beradik ke.. i assume nama blkg tu nama bapak.. sama tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun .
Bin sama . Adik beradik ke? Moga ditempatkan di syurga ya anak ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
i tot selalu dlm filem atau drama je tunjuk mati dlm berpelukan
but this is real ya
innalillah buat adik2 ni
btw br dpt result spm yg abg tu
jgn2 celebrate g mandi sg x
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun |
|
|
|
|
|
|
|
Berpelukan tu bukan sebab takut.
Survival reflex orang nak lemas memang macam tu kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 17-6-2022 12:22 PM
Berpelukan tu bukan sebab takut.
Survival reflex orang nak lemas memang macam tu kan.
Rasanya ya. Hari tu masa mandi laut nampak pompuan ni beria tarik kepala adik dia sebab dia panik masuk air. Nasib la adik dia rilek tapi nampak la silap2 boleh mati dua2 lemas |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..kalau dari 1 famili, kesian pada mak bapak yg ditinggalkan...dari berita, mereka berdua tenggelam di tempat yang berbeza, tapi camna boleh berpelukan eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah buat keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar!!!
Sedihnya.
Innalilhiwarouhjioun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|