CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 2

[Dunia] Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan pertahanan

[Copy link]
Post time 18-6-2022 11:37 AM | Show all posts |Read mode

Hishammuddin (kiri) bersama Mohammed Salman (kanan) ketika mengadakan lawatan ke Riyadh, Arab Saudi, hari ini.

Malaysia, Arab Saudi perkukuh hubungan pertahanan

PETALING JAYA – Malaysia dan Arab saudi bersetuju untuk mengukuhkan hubungan bagi memperkasakan industri pertahanan kedua-dua negara kepada tahap yang lebih tinggi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerjasama itu akan dilaksanakan menerusi sebuah pembentukan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) di bawah tiga prinsip utama.

“Antaranya ialah kerjasama ketenteraan, kolaborasi industri pertahanan, dan kerjasama kebajikan veteran tentera.

“Bagi meningkatkan kerjasama ketenteraan, tiga bidang utama akan diberikan tumpuan iaitu kepakaran, perubatan dan perisikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut mengenai lawatan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab saudi, Putera Mohammed Salman, Hishammuddin berkata, beberapa siri perbincangan telah dilakukan bagi mengkaji isu serantau dan antarabangangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Jelasnya, kedua-dua negara komited untuk meningkatkan kerjasama dua hala sedia ada menerusi hubungan pertahanan serta mempergiatkan kerjasama dalam perdagangan, ekonomi, pelaburan dan keselamatan

“Mengenai antiterorisme, kedua-negara negara turut bersetuju menggandakan usaha dua hala dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan dan ekstremisme.

“Selain itu, satu kumpulan kerja akan ditubuhkan antara Pihak Berkuasa Am Industri Ketenteraan Arab Saudi (GAMI), Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) melalui Bahagian Industr Pertahanan (DID) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),” ujarnya.

Tambahannya, Industri Ketenteraan Arab Saudi (SAMI) juga turut bersetuju untuk berkerjasama dengan LTAT bagi meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ubungan-pertahanan/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 01:01 PM | Show all posts
ada ajar memanah dari atas kuda tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2022 03:13 PM | Show all posts
baiklah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.317822 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list