View: 388|Reply: 1
|
[Pahang]
Nak candat sotong kena ada lesen
[Copy link]
|
|
Aktiviti mencandat sotong di Pulau Tioman kini menjadi produk pelancongan. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
KUANTAN: Jabatan Perikanan Pahang mengingatkan nelayan yang ingin menangkap sotong perlu memiliki lesen vesel dan menggunakan peralatan kail mengail yang dibenarkan sahaja.
Pengarahnya, Abdullah Jaafar, berkata bagi nelayan yang memiliki lesen mereka perlu mematuhi setiap peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, sebagai contoh aktiviti menangkap sotong dan ikan di perairan taman laut hanya dibenarkan di luar kawasan dua batu nautika dari pantai.
"Sekiranya nelayan melanggar peraturan ditetapkan mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM20,000 atau didakwa di mahkamah.
"Syarat yang ditetapkan oleh jabatan bertujuan bagi menjaga sumber perikanan supaya tidak terjejas dan menjaga kelestarian," katanya, di sini semalam.
Abdullah berkata, musim sotong sekarang memberi peluang kepada nelayan dan pelancong menangkap sotong atau lebih dikenali sebagai mencandat sotong yang menjadi antara produk pelancongan di negeri ini.
Katanya, difahamkan aktiviti mencandat sotong oleh pelancong dan nelayan tempatan kini banyak dilakukan di perairan Kampung Mukut, Pulau Tioman dan beberapa perairan di negeri ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... tong-kena-ada-lesen |
|
|
|
|
|
|
|
semua nk dicukai
semua nk di control |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|