KUALA LUMPUR: "Ali, jika Ali terbaca 'posting' ini, ketahuilah yang mama, babah dan kakak sedang menunggu kepulangan sayang," itu coretan Wan Esuriyanti Wan Ahmad, di laman sosial Facebook (FB) susulan anaknya, Ali Imran Naseruddin masih gagal ditemui.
Remaja lelaki berusia 16 tahun dan pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 4, didapati keluar dari kediaman kira-kira jam 4 pagi kelmarin dan gagal dihubungi sehingga kini.
Wan Esuriyanti berkata, lebih 50 jam sudah berlalu,Ali Imran masih belum ditemui.
"Kami terima maklumat orang ramai yang mengatakan mereka ternampak Ali di Kuala Lumpur khususnya di kawasan Keramat.
"Kami bergegas ke sana hingga lewat pagi, tetapi tiada penemuan. Kami cuma mampu edarkan poster dan maklumat kehilangan Ali," katanya.
Beliau berkata, biarpun sedih, mereka terus yakin bahawa Ali berada dalam keadaan selamat, di bawah lindungan Allah SWT, berkat doa yang tidak putus-putus daripada semua.
"Mama, babah, kakak sentiasa menyayangi Ali sepenuh hati dan kami sokong Ali. Pulanglah. Sesungguhnya, kami amat menyayangi Ali untuk selama-lamanya.
"Kepada semua, tiada kata dapat menggambarkan rasa penghargaan kami di atas segala doa, solat hajat, sokongan dan bantuan yang diberikan," katanya.
Media malam tadi melaporkan seorang ibu bimbang akan keselamatan anak lelakinya berusia 16 tahun yang hilang dari kediaman mereka di Bandar Bukit Puchong 2, Puchong, dekat sini, sejak awal pagi kelmarin.
Wanita itu menyedari anak bongsu dari dua beradik itu tiada di dalam biliknya ketika mahu mengejutkannya untuk bersiap ke sekolah, kira-kira jam 5.30 pagi.
Semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah pengawal menunjukkan kelibat seorang remaja bercermin mata kelihatan seperti Ali berjalan keluar dari kawasan kejiranan ini kira-kira jam 4 pagi.
Beliau memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai di mana keberadaan Ali atau ada ternampaknya agar menghubunginya di talian 019-2216483 atau suaminya, Naserudin Wahab di talian 011-31770502.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 18-6-2022 06:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak payah cari lah kak, esok duit dia dah abis, taulah dia balik ke rumah. Bab lari2 ni, meols sama macam pokya, kalau hilang, kena culik, satu dunia akan kucari. Tapi kalau ko lari, belakang rumah pun aku tak cari. Ah giteww meols warning anak dara meols.
Post time 18-6-2022 08:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
PinkyPie replied at 18-6-2022 07:51 PM
Mak dia ni siapa, tgk kt IG Menteri oxford follow sheols
Tengok kat LinkedIn, maknya sekarang head of corporate comm indah water. She pun pernah jadi press secretary Pak Lah zaman Pak Lah PM dulu. So make sense la munturi follow sheols kot