CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 2

[Tempatan] Agong dan Permaisuri berduka atas pemergian Adibah Noor, menyifatkan suatu kehilangan besar dunia seni tanah air

[Copy link]
Post time 19-6-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode
Agong, Permaisuri zahir takziah pada keluarga Adibah Noor

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meninggal dunia semalam.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan sama menerusi catatan di Facebook Istana Negara hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar selain tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

"Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarhamah sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air," menurut catatan itu.

Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam semalam akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazah Allahyarhamah dimandi dan dikafankan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, di sini sekitar 12 tengah hari.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2022 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2022 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040311 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list