View: 451|Reply: 0
|
[Terengganu]
Untung jual belut cecah RM30,000 sebulan
[Copy link]
|
|
Muhamad Zulkifli Yusof, 28, menunjukkan belut yang diperoleh daripada pembekal sebelum dipasarkan. - Foto NSTP/Nazdy Harun
MARANG: "Permintaan belut amat tinggi sehingga mendorong saya berhenti kerja sebagai pemandu lori dan menumpukan sepenuhnya kepada kerja sebagai pembekal belut," kata Muhamad Zulkifli Yusof, 28, Binjai Bongkok, di sini.
Menurutnya, keuntungan kasar jualan belut sebulan mencecah RM20,000 hingga RM30,000 bergantung kepada bekalan yang diperoleh.
Untuk mendapatkan bekalan belut dia terpaksa ke Melaka, Kelantan, sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Perak dan beberapa lagi negeri.
"Saya mula membekal belut kepada peniaga kedai makan dan kedai tomyam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu dan apabila melihat permintaan yang tinggi saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pemandu lori.
"Belut spesies pasir, sawah dan paya dijual dengan harga RM28 sekilogram manakala belut albino dijual kepada kedai haiwan peliharaan di Kuala Lumpur, dengan harga RM100 seekor," katanya yang lebih dikenali dengan pangilan Yo Belut dalam kalangan peniaga.
Berikutan permintaan yang tinggi isterinya Izzati Yusof, 29, terpaksa membantunya menghantar bekalan kepada pelanggan di sekitar Kuala Terengganu.
Sebulan dia memerlukan stok lebih daripada 1.3 metrik tan namun ia masih belum mencukupi untuk dipasarkan ke seluruh Terengganu. Biasanya dia akan membuat penggiliran bagi memastikan semua pelanggan mendapat bekalan dalam tempoh sebulan.
"Belut tidak seperti ikan air tawar. Ia tahan lasak dan mudah untuk diuruskan selain stok yang ada tidak perlu disimpan lama kerana semuanya sudah ditempah.
"Sepanjang dua tahun berkecimpung dalam bidang ini hanya 15 hingga 20 ekor saja belut albino yang ditemui dan semuanya saya jual kepada kenalan di Kuala Lumpur," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... cah-rm30000-sebulan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|