View: 813|Reply: 4
|
Tak Ada Makanan Langsung, 20 Kucing Kelaparan Makan Mayat Tuan Sendiri Dalam Rumah
[Copy link]
|
|
MOSCOW: Seorang wanita dimakan oleh hampir dua dozen kucing peliharaannya selepas dia rebah dan mati di rumahnya.
Kisahnya disedari apabila polis mengunjungi rumahnya selepas menerima panggilan daripada beberapa rakan sekerja yang menyuarakan kebimbangan mereka tentang mangsa yang tidak datang bekerja sejak sekian lama.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/20/171700v862xa9bha6aorz8.png) Foto: Ottawa Sun
Menurut Ottawa Sun, pihak polis menerima kejutan selepas mendapati sebahagian mayatnya dimakan oleh sekitar 20 kucing yang kelaparan.
Pihak berkuasa percaya dia sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu.
Wanita itu yang tinggal di Bataysk, bekerja sebagai penternak kucing dan memelihara 20 ekor kucing baka Maine Coon di kediamannya.
Menurut pakar haiwan, kucing tersebut ditinggalkan tanpa makanan selama dua minggu sehingga bertindak memakan mayat wanita tersebut. -CARI
Sumber: Sarawak Voice |
|
|
|
|
|
|
|
Apasal umah mcm umah tinggal je |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kucing
air minum pon xde. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Patut ahhhh santai kucen dia, rupanya makan daging.... Kesian juga mati dah 2 minggu xde org perasan |
|
|
|
|
|
|
| |
|