View: 943|Reply: 7
|
MCMC Ambil Tindakan Jika Penyedia Internet Gagal Beri Perkhidmatan Berkualiti
[Copy link]
|
|
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengambil tindakan kawal selia terhadap penyedia perkhidmatan internet sekiranya mereka gagal menyediakan perkhidmatan berkualiti.
Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC Zulkarnain Mohd Yasin berkata, ini adalah pendekatan yang agresif untuk memastikan penyedia perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.
“Pada masa yang sama, pengguna akan dapat menikmati ‘pengalaman berkualiti’ yang dijanjikan oleh perkhidmatan 4G ini,” kata Zulkarnain dalam satu program berita tempatan semalam.
Beliau berkata pembekal yang didapati gagal menunaikan apa yang dijanjikan dalam perkhidmatan itu boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali, seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Suruhanjaya sebelum ini menerima arahan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk menjalankan audit perkhidmatan rangkaian di semua kawasan setiap negeri.
“Setakat ini kita telah menjalankan audit atau pemeriksaan dengan melihat dari segi liputan dan kelajuan internet. Pada masa sama, kita telah mengeluarkan arahan kepada mereka (penyedia perkhidmatan internet) untuk mengambil tindakan menambah baik perkhidmatan,” katanya.
K-KOMM sebelum ini telah mengarahkan MCMC untuk melaksanakan pemetaan di seluruh negara, untuk mengukur tahap sebenar kelajuan internet dan membandingkan laporan syarikat telekomunikasi.
Sumber: Suara Merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg selalu pun dorang kena denda |
|
|
|
|
|
|
|
Denda je lah..masalah sama. |
|
|
|
|
|
|
|
denda tu berapa hinggit je daripada keuntungan telco ni.... service tetap hauk macam sial... makin upgrade makin teruk... |
|
|
|
|
|
|
|
Gebang lebih jerr.....kena gertak telco termasuk telo balik |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berapa lama cost/bandwidth stagnant kat Malaysia ni.. last masa Gobind dia manage to push. Takde incentive pun utk broadband player ni nak improve.. |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 21-6-2022 10:47 AM
Dah berapa lama cost/bandwidth stagnant kat Malaysia ni.. last masa Gobind dia manage to push. Takde ...
Masa gobind jd menteri elok je telco hapgred streamyx aku ke unifi..bila org lain ambikalih terus hampeh
WE WANT GOBIND!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|