View: 664|Reply: 6
|
Syiling, Paku, Bateri, Kaca, Batu, Skru Dalam Perut Lelaki, Mungkin Ditelan Masa Zaman Budak
[Copy link]
|
|
Istanbul: Syiling, paku, bateri dan serpihan kaca. Itu antara barangan ditemukan oleh doktor yang membedah perut seorang lelaki di Turki.
Lebih mengejutkan, doktor berkenaan turut menjumpai batu dan skru, di dalam perut lelaki berusia 35 tahun itu.
Secara keseluruhan, ada 233 barangan ditemukan di dalam perut mangsa, lapor Mirror UK.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/21/132105v1nff1a991a8vj8f.png) Foto: Agensi
Terdahulu, mangsa mengadu sakit perut, dan abangnya, Burhan Demir, membawa lelaki itu untuk berjumpa doktor.
Selepas melakukan endoskopi dengan imbasan ultrabunyi dan X-ray, pakar bedah kemudian mengeluarkan semua barang berkenaan dari perut lelaki terbabit.
Seorang pakar bedah dikenali sebagai Dr Binici berkata, semasa pembedahan, pihaknya melihat bahawa satu atau dua paku sudah melepasi dinding perut.
"Kami melihat bahawa terdapat dua kepingan logam dan dua batu yang berbeza saiz di dalam usus besar.
"Kami mendapati terdapat bateri, magnet, paku, syiling, kepingan kaca dan skru. Kami membersihkan perut lelaki itu sepenuhnya.
"Ia bukan situasi yang kita biasa lihat pada orang dewasa. Ia kebanyakannya berlaku pada zaman kanak-kanak apabila mereka tanpa sedar menelan benda asing," katanya.
Beliau berkata, situasi ini boleh dilihat pada pesakit psikiatri, banduan atau kes penderaan dalam kumpulan umur dewasa. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Perpatah tolak besi dengan batu tak terpakai buatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Sooo> apa boleh kami buat dek info ni> Ya allah bosan nya... next? |
|
|
|
|
|
|
|
Turkiye Kuat Black Magic
Tu pasai souvenir depe tu yang ade mata biru bintik2 tu.. Tangkal dorang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kak-Rohana: Sooo> apa boleh kami buat dek ...
Ini cuma berita, bukannya hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
CariMalay replied at 21-6-2022 03:04 PM
Ini cuma berita, bukannya hiburan
Hehe.
. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdahulu, mangsa mengadu sakit perut, dan abangnya, Burhan Demir, membawa lelaki itu untuk berjumpa doktor.
"abang burhan, abang burhan,... perut adik sakit"
"jap dek, abg bwk g hosp jom"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|