CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 453|Reply: 0

[Dunia] Cecah 50 darjah celsius

[Copy link]
Post time 21-6-2022 03:03 PM | Show all posts |Read mode
Cecah 50 darjah celsius



KUWAIT adalah negara keempat terpanas di dunia.

Dubai: Iraq, Kuwait dan Oman adalah antara 10 negara paling panas di dunia yang mencatatkan suhu tertinggi pada hari Sabtu lalu, menurut portal cuaca El Dorado.

Bandar Amara di tenggara Iraq mencatatkan suhu 50 darjah Celsius manakala Arab Saudi menyaksikan gelombang haba dengan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius di beberapa wilayahnya, lapor Gulf News.

Kuwait adalah negara keempat terpanas di dunia, pada hari sama, apabila bandar Al Jahra mencatatkan 49.3 darjah Celcius.

Bandar Fohoud di Oman mencatatkan 48 darjah Celcius, menjadikan negara itu kesembilan paling panas di dunia.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi memberi amaran bahawa negara itu akan menyaksikan gelombang haba yang akan mencecah 50 darjah Celsius di beberapa wilayah di negara itu, antara Ahad hingga Rabu ini.

Ia juga menjangkakan suhu maksimum di kebanyakan wilayah timur dan bahagian antara Madinah dan Yanbu, masing-masing akan mencapai 47 dan 50 darjah Celsius.

Suhu di bahagian timur Riyadh dan Al Qassim serta sempadan utara dijangka mencecah antara 45 dan 47 darjah Celsius.

Justeru, NCM menyeru semua orang mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta mereka mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan sendiri.

Walaupun beberapa negara Arab mendahului senarai negara paling panas di dunia, gelombang panas yang tidak pernah berlaku sebelum ini turut melanda selatan Eropah.

Arab Saudi kini sedang mengalami ribut petir sederhana dan hujan lebat, dengan wilayah Jazan, Asir, Al Baha dan Makkah berkemungkinan besar terjejas, hanya sebulan selepas ribut pasir melanda negara itu.

Makkah mencatatkan 45 darjah Celcius pada Rabu lalu, suhu tertinggi di sana dan pusat meteorologi meramalkan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celcius di kota suci itu, yang bersedia menerima sehingga satu juta umat Islam dari seluruh dunia sempena musim haji tahun ini.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... h-50-darjah-celsius

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.662545 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list