CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 0

[Tempatan] Kedai makan meletup akibat gas bocor, remaja melecur di badan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

image uploader
Keadaan kedai makan di Saujana Utama selepas letupan berlaku. (Gambar JBPM)

SUNGAI BULOH: Seorang pekerja kedai makan melecur di badan, selepas premis di Saujana Utama, Sungai Buloh itu meletup kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pekerja yang merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun itu melecur tahap kedua.

Katanya, sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari.

“Tiba di lokasi, didapati berlaku letupan di dalam sebuah kedai makan, namun ia tidak membabitkan struktur asal bangunan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, pengudaraan dilakukan bagi pertukaran udara di ruang dalam bangunan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.040009 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list