CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2016|Reply: 26

[Tempatan] Kelantan negeri pertama laksana dasar Islam di era moden

[Copy link]
Post time 22-6-2022 10:20 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Kelantan merupakan negeri pertama di dunia yang melaksanakan dasar-dasar Islam dalam pentadbiran kerajaan pada era moden.

Bekas profesor Universiti Teknologi Malaysia, Dr Kamaruzaman Yusof berkata, negara-negara lain yang dimenangi parti berteras Islam termasuk Turki, Mesir, Algeria dan Morocco tidak mempamerkan Islam sebagai dasar dalam pentadbiran negara.

Katanya negara terbabit lebih menumpukan aspek ekonomi berbanding melaksanakan Islam dalam pentadbiran kerajaan.

“Kenyataan itu dibuat oleh seorang warga Mesir yang bermastautin di London, di mana negara Arab yang menang pilihan raya seperti Mesir, Algeria, Tunisia dan Morocco tidak berani mengisytiharkan dasar Islam dalam pentadbiran mereka, tetapi telah tunjukkan model terbaik pelaksanaan Islam di dunia sejak selepas Perang Dunia Pertama.

“Dia memberitahu al Aziz (Nik Abdul Aziz Nik Mat) meneruskan kesinambungan kerajaan Khalifah Othmaniah di Kelantan sejak 1990,” katanya pada seminar Pengaruh Pentadbiran Islam Kelantan di Malaysia di sebuah hotel di sini hari ini.

Seminar tersebut dianjurkan Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak Perantauan Kelantan Malaysia (Perakan) dan Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN).

Turut membentang kajian pada seminar tersebut Prof Dr Badlihisham Mohd Nasir dari Pusat Akademik Tamadun Islam UTM dan Pengarah PKS Dr Wan Nik Wan Yusoff.

Hadir sama Presiden Perakan Dato’ Sr Dr Wan Muhd Aminuddin Wan Hussin, wakil-wakil agensi kerajaan negeri dan ahli jawatankuasa Perakan dari seluruh negara.

Dr Kamaruzaman juga berkata, Kelantan sebagai sebuah negeri kecil dalam Persekutuan Malaysia boleh melaksanakan dasar Islam dalam ruang lingkup yang tidak melanggar perlembagaan negara.

“Dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan di Kelantan sangat cantik yang boleh diperluaskan sehingga ke peringkat nasional.

“Rakyat Kelantan perlu menghayati dasar tersebut bagi membolehkan ia dieksport ke negeri-negeri lain. Malangnya berdasar kajian kefahaman rakyat Kelantan yang berada di perantauan mengenai dasar tersebut dianggap masih kecil,” ujarnya.

Dr Badlihisham pula berkata, Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki.

Oleh itu katanya perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam di Kelantan pada masa akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993. Kepimpinan ulama mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Oktober 1990.

HarakahDaily

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar isele tu termasuk incest sana sini ka??
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
delusional khalifah isle kehulu kehilir, ini saja la modal lobai memperbodohkan ummah
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow serambi bermukah gommo klate gommo! malu kokram, hok ni hok tu hok ni hok tu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Islam.itu bukanlah sekadar retorik....tapi perlu dihayati dan diamalkan..x perlu pun sebut pentadbiran islam tapi klu kita tadbir urus tu kita amanah...jaga aset dgn baik...xde rasuah....x curi tulang dan x curi masa..islam lah tu...x perlu sugar coated pun word islam tu tapi hasil tarak
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tgna dah 7 tahun meninggal lobai masih duk jaja nama dia. baik ko pegi uruskan masalah walaun rancak merogol sana sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...semoga kelantan maju jaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Timbalan mb tersenyum riang baca berita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 11:43 PM | Show all posts
Pertama di dunia! pfrgth...

Tumpang berbangga

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menunggang.. k bye!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:32 AM | Show all posts
jas7512 replied at 22-6-2022 10:36 PM
Islam.itu bukanlah sekadar retorik....tapi perlu dihayati dan diamalkan..x perlu pun sebut pentadbir ...

Yg penting branding, kulit, superficial..
Isi, prinsipal tu x perlu dan x Islamik..

Sbb tu dah tertanam bila sebut politik Islam mesti terkait Hudud...hakikatnya politik Islam nih adalah berpolitik dgn prinsip2 dan akhlak Islam iaitu antara lain tidak menipu, tidak khianat, good governance, amanah dll....

Tp benda isi dan prinsipal nih org x pandang sbg Islam, org nak tgk buat operasi saman peniaga berpakaian seksi, solat berjemaah di kawasan terbuka tu jer yg dipandang sbg Islamik.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by che-cikL at 23-6-2022 12:39 AM

Dasar laut, dasar sungai.

"Dasar buaya darat!! Aku benci kau! Aku benci kau!!" Sambil tumbuk2 dada buaya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:40 AM | Show all posts
haa bagus, kurangkan skit kes2 sosial, rogol, dadah, kawen muda beranak kecik masa skolah...rengsa meols baca news kes aneh2 dr negeri serambik sejak dua menjak ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Negeri implement islam kononya tapi gagal total dlm serba serbi aspek ekonomi dan sosial..so celah mana kelantan boleh jadi contoh tauladan nya??more like memalukan islam jah lagi ado
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 01:15 AM | Show all posts
Awat takdak sebut Provinsi Acheh kat Sumatera nun?
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Celah mana isle nya??? Isle pd nama jah? Pd tulisan jawi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 10:13 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 23-6-2022 10:20 AM

lobai pis syiok sendiri, sumber pulak dari harakah daily

brunei lagi bagus bab nih. rakyat pun makmur,
tak ramai yang merantau jadi pendatang ke sabah or sarawak.

yang org kelantan, terpaksa merantau negeri lain,
sebab negeri sendiri takde keje.
kebajikan pada rakyat pulak lobai pis tak amik pedulik.

bagi lobai pis, mundur itu tanda Islamik

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menunggang dan ditunggang lelobai !
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
laksana dasar islam di era moden? nk gelak ke nak nangis bace ni? perkara plg asas mcm menyediakan air yg bersih pun....
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2022 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 23-6-2022 12:32 AM
Yg penting branding, kulit, superficial..
Isi, prinsipal tu x perlu dan x Islamik..


Ya btl..i rimas label2 islamik tapi tang benda2 penting ke laut..cth curi masa..masa bekerja kau sibuk berniagalah...buat benda2 peribadi..kuar hantar ambil anak dr sekolah tapi x ganti masa..i rasa klu setiap org tahu amanah dia sbg pekerja dan buat kerja dgn jujur....in shaa Allah tercapailah matlamat pentadbiran islam..ni yg pas gagal total sbb hanya sibuk dgn label..isi tarak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.569145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list