CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 2

[Terengganu] Kerajaan jamin bekalan ayam dan ikan mencukupi

[Copy link]
Post time 23-6-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode

Ronald memegang salah seekor anak kambing yang dipamerkan pada sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu di Dataran Pekan Jabi, Besut hari ini.


BESUT – Kerajaan memberi jaminan bekalan ayam dan ikan yang merupakan antara sumber protein utama mencukupi untuk keperluan pengguna negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, berdasarkan pemantauan, kedua-dua bahan mentah itu kini tidak lagi mengalami gangguan bekalan seperti sebelum ini.

“Apa yang kita pantau sejak tiga minggu lalu, kita tidak berhadapan dengan sebarang bekalan sama ada di peringkat pasar raya dan pasar.

“Jadi kita katakan bekalan ayam kini stabil di negara kita,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di Dataran Pekan Jabi di sini hari ini.

Ronald memberitahu, ikan juga tidak mempunyai masalah bekalan pada masa ini namun harganya masih bergantung kepada faktor permintaan dan penawaran semasa.

Begitupun, beliau menegaskan kementerian tetap memantau isu kenaikan kos input terutama melibatkan bahan api dan makanan haiwan yang sedang berlaku bagi subsektor penternakan ayam dan nelayan.

“Pelbagai langkah telah diambil kerajaan. Kerajaan akan menghentikan subsidi kepada pihak industri pada penghujung bulan ini dan diganti dengan bantuan kewangan terus kepada kumpulan B40 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam (kelmarin),” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... dan-ikan-mencukupi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2022 02:41 PM | Show all posts
cukup laa dah kau naik rega. masa harga turun semua sorok stok

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 02:31 AM | Show all posts
sembang.............

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.298950 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list