View: 465|Reply: 1
|
[Kelantan]
Lelaki cuba terjun, tikam isteri, ibu mentua direman 3 hari
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Lelaki yang cuba terjun bangunan selepas dipercayai menikam isteri dan ibu mentuanya di Tumpat, kelmarin direman tiga hari.
Perintah reman terhadap pemandu lori berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu Nuriza Mustafa bermula hari ini sehingga Sabtu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman lelaki berkenaan.
Menurutnya, reman dibuat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
"Selepas habis reman yang ini, kita akan menahan reman semula untuk kes mencederakan isteri dan ibu mentuanya mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
Semalam dilaporkan seorang lelaki ditahan polis ketika cuba terjun dari tingkat 31 di sebuah bangunan dalam pembinaan di Lembah Sireh di sini.
Siasatan polis kemudiannya mendapati lelaki berkenaan adalah individu yang dilaporkan menikam isteri dan ibu mentuanya di rumah mereka di Chabang Empat di Tumpat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntua-direman-3-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takut betul la zaman sekarang tikam2 macam main tomtombak je. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|