View: 418|Reply: 0
|
[Kelantan]
Potong 20 peratus gaji menteri
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Muslimin Yahaya, bersetuju dengan saranan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz, supaya memotong 20 peratus gaji menteri bagi membantu rakyat meningkatkan kos sara hidup.
Muslimin berkata, bagi menambah tabungan sebelum ia dikembalikan kepada rakyat, beliau sanggup dan tiada masalah untuk melakukannya.
"Pada zaman pemerintahan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemotongan gaji menteri kabinet dilakukan selama beberapa bulan selepas angkat sumpah diadakan.
"Sekiranya ia satu keperluan untuk menambah tabungan negara, saya sanggup dan tiada masalah. Saya berpendapat, menteri lain juga akan bersetuju jika kerajaan melaksanakan perkara itu," katanya kepada media selepas program Hari Koperasi Negara 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Aeon Mall di sini, hari ini.
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm208muslimin_1656143034.jpg)
DATUK Muslimin (dua kiri) bersama Saiful (tiga kiri) menyampaikan dana bantuan Perasmian Hari Koperasi Negara 2022. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Pada Jumaat, Rafidah mencadangkan pemotongan gaji menteri bagi menunjukkan empati terhadap negara ketika rakyat bergelut dengan krisis ekonomi akibat Covid-19 dan krisis Russia-Ukraine.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aji-menteri-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|