CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 614|Reply: 3

[Tempatan] Kami keluarkan duit untuk beli data internet sendiri, kata pelajar Universiti Malaysia Pahang

[Copy link]
Post time 28-6-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode
‘Kami keluarkan duit untuk beli data internet sendiri’

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... a-internet-sendiri/

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
28 Jun 2022, 10:40 am


PELAJAR universiti banyak bergantung kepada kemudahan internet untuk melancarkan proses pembelajaran. – GAMBAR HIASAN

KUANTAN – Masalah ­capaian internet selain kemudahan Wi-Fi yang agak terhad di Universiti Malaysia Pahang di sini menyebabkan ada pelajar yang terpaksa berkongsi duit untuk membeli data talian bagi tujuan pembelajaran.

Seorang pelajar dikenali sebagai Lina berkata, masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk melayari internet terutama menggunakan kemudahan Wi-Fi.

“Ada waktu tertentu mungkin ketika ramai pelajar menggunakanya, Wi-Fi menjadi begitu perlahan sehingga tidak dapat digunakan.

“Ini masalah sebenar yang mengganggu kami untuk belajar dan mendapatkan maklumat,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan-rakannya berharap isu ini dapat segera diselesaikan memandang­kan semua pelajar telah memulakan pengajian secara fizikal di universiti.

Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Nurin berkata, dia dan rakannya terpaksa mencari ikhtiar lain iaitu dengan berkongsi untuk membeli data internet semata-mata untuk mendapatkan capaian yang lebih pantas.

“Bagaimanapun, kami perlu keluarkan sendikit kos untuk membeli data.

“Bagi sesetengah pelajar, per­kara ini agak remeh dan biasa, tetapi bagi mereka yang berasal dari keluarga B40, situasi ini agak membebankan,” jelasnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 11:24 AM | Show all posts
apa isu nya kat sini??? zaman uni i circa mid 2000s pon mmg beli broadband sendiri utk guna. kampus punya wifi what to expect kalau dah malaon mcm korang ni kaki download sana sini mmg ler lembat hanat
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah, generasi strawberi ni kejenye merungut je kan.
Yg kat oversea ckp tak cukup elaun la, yg ni ckp tak dpt guna wifi la, semua kena suap eh
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
masa aku duduk U xpnh aku langgan internet, semua gunawifi university termasuk torrent, tpi data internet pun x semahal mcm dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051312 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list