View: 444|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Harap hukuman jadi pengajaran'
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: "Kalau diikutkan memang tidak setimpal hukuman yang diterima suspek berbanding keadaan anak yang sehingga kini masih lemah, tapi diharapkan ia dapat menjadi pengajaran kepada semua," kata ibu kanak-kanak lelaki orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini kritikal akibat kandungan methampethamine dalam badan.
Wanita berusia 36 itu berkata, sehingga kini tiada seorang pun waris suspek yang juga saudaranya itu menghubungi atau menziarah anaknya untuk bertanya khabar.
Katanya, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara lain sebaliknya menumpukan kepada perkembangan kesihatan anaknya yang masih menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
"Saya baru tahu mengenai hukuman yang dijatuhkan kepada saudara (suspek) dan tidak pasti sama ada ia setimpal atau tidak dengan apa yang dilakukannya.
Disyorkan Untuk Anda
Badan anak lemah seperti meninggal dunia
Budak positif dadah masih guna alat bantuan pernafasan
Anak mati jatuh kondominium, ibu hadapi tuduhan cuai
Buruh warga Bangladesh didakwa rogol budak 12 tahun
"Anak saya masih lagi lemah dan tidak mampu makan dengan normal sebaliknya hanya diberikan susu melalui tiub.
"Apapun saya harapkan hukuman yang diterimanya itu dapat menjadi pengajaran buatnya serta orang lain agar berfikir panjang untuk berbuat sesuatu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dia yang juga menghidap kanser payudara tahap akhir berkata, dia juga mengharapkan anaknya segera pulih kerana dengan keadaan kesihatannya, dia juga menghadapi kekangan kerana terpaksa menguruskan mangsa berseorangan.
Dalam perkembangan sama, tertuduh, Mohd Shahrizuan Alias, 32, dihukum penjara tiga tahun dari tarikh ditangkap dan bon berkelakuan baik dengan cagaran RM3,000 dengan seorang penjamin selama tiga tahun, selain menjalani perintah khidmat masyarakat selama 180 jam.
Tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli atas kesalahan yang dilakukan di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai jam 3 petang pada 18 Jun lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... man-jadi-pengajaran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|