CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Kelantan] 'Alhamdulillah, saya mampu melakukan pekerjaan'

[Copy link]
Post time 28-6-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Jafri berniaga makanan di gerainya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar


Bachok: Diuji sejak lahir tanpa kedua-dua tangan dan kaki, namun bukan penghalang bagi seorang pemuda untuk berusaha mencari rezeki dengan berniaga makanan demi kelangsungan hidup.

Mohamad Jafri Daud, 31, lincah melakukan kerja menggoreng keropok lekor mahupun membungkus asam laksa yang dijual bersama isteri tercinta, Nur Aika Mansor, 27, di gerai miliknya yang baru dibuka sejak dua minggu lalu.

Dia yang juga pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bidang jahitan dari Pusat Latihan Penrindustrian dan Pemulihan (PLPP) Orang Kurang Upaya (OKU) Bangi berkata, selama ini dia dan isteri menjual asam laksa dalam talian menerusi penghantaran terus (COD) sebelum mengambil keputusan membuka gerai berkenaan.

"Saya mengajak isteri membuka gerai di tepi jalan untuk mengembangkan lagi perniagaan kami, selain mencabar diri supaya lebih maju walaupun diuji dengan fizikal yang tidak sempurna.

"Alhamdulillah, saya mampu melakukan pekerjaan seperti mereka yang normal, malah saya memasang sendiri khemah, mengangkat barangan berat contohnya tong gas atau dapur serta boleh membantu isteri membungkus asam laksa yang kami jual terutama ketika pelanggan yang ramai.

"Ramai antara pelanggan yang teruja melihat saya bekerja tanpa tangan serta kaki yang sempurna, tidak kurang juga yang memuji dan memberi semangat agar saya lebih berjaya," katanya ketika ditemui di gerai miliknya di Kampung Tok Jawa, di sini, hari ini.

Mohamad Jafri berkata, kebanyakan pelanggan datang ke gerai terbabit untuk merasai asam laksa air tangan isterinya yang dijual pada harga RM8 sebekas.

Dia yang juga berkemahiran dalam bidang jahitan, turut berkongsi rasa gembira apabila pelangganya semakin ramai sejak videonya berniaga tular di laman sosial.

"Gerai saya dibuka setiap hari kecuali pada Jumaat bermula 1.30 tengah hari sehingga 7 malam. Selain asam laksa dan keropok lekor, kami turut menjual air minuman selain dalam perancangan untuk meniaga pisang goreng.

"InsyaAllah jika diberikan rezeki saya mahu kembangkan perniagaan ini sekali gus membuktikan bahawa OKU seperti saya juga mampu berjaya seperti mereka yang normal.

"Saya percaya kejayaan akan tiba jika kita berusaha sebaiknya," katanya yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan.

Menurutnya, kekurangan diri tidak sesekali menjadi penghalang buatnya untuk berjaya selain teguh berpegang kepada peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, dalam mencapai sesuatu kejayaan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... melakukan-pekerjaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057891 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list