View: 827|Reply: 16
|
Jumpa Mata Kail Dalam Kari Kepala Ikan, Peniaga Restoran Refund 60 Sen Je!
[Copy link]
|
|
Perkongsian seorang wanita mengenai pengalamannya menikmati hidangan makan malam bersama keluarga di sebuah restoran di Kuala Lumpur, sudah cukup membuatkan orang ramai 'seram sejuk'.
Mana tidaknya, mereka sekeluarga terjumpa sebilah mata kail di dalam lauk kari kepala ikan yang dipesan!
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/093136l588xb0knqf4g58k.png) Foto: via mStar
Menerusi gambar yang tular di media sosial, kelihatan mata kail yang besar dan tajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa isi ikan.
Mujurlah salah seorang daripada ahli keluarga wanita tersebut ternampak mata kail tersebut sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.
Wanita tersebut segera membuat aduan kepada pengurus restoran berkenaan mengenai penemuan yang tidak dijangka itu, namun respons yang diterima amatlah mengecewakan.
Bukan sahaja enggan bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku, sebaliknya pihak restoran menyalahkan pula pembekal ikan mereka.
"Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa? Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan menggigitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu.
"Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa? Adakah mereka makan mata kail?
" ada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal," kata wanita berkenaan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/093136o6m4u6vin4thzvww.png) Foto: via mStar
Menurutnya lagi, harga untuk kesemua hidangan yang dipesan berjumlah RM298.60 namun bil tersebut diberi 'diskaun' sebanyak 60 sen, menjadikan jumlah yang perlu dibayar adalah RM298.
Menjengah komen netizen, rata-ratanya mengecam sikap tidak bertanggungjawab pihak restoran berkenaan kerana mengambil mudah soal kebersihan dan keselamatan pelanggan.
" ekerja dapur bersihkan ikan betul-betul ke tidak? Macam mana cef pun tak perasan?
"Kalau tertelan mata kail tu, bukan kena bayar 60 sen untuk kos pembedahan. Restoran mana ni?
"Hanya 60 sen? Saya akan saman mereka," demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Buat ja police report kak. Kasik kena itu restoren. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak syak kalau total harga dia RM298.10, maka diskaun diburi sepuluh sen lah yach dek? Kohkohkohkohkoh amat kelakar sekali sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan benda baru pun dah berpuluh tahun selalu je ada kes macam ni tapi tak diviralkan je. Jadi bila nak makan kari kepala ikan elok check mulutnya dulu sebelum makan untuk pastikan tak ada mata kail yang masih tersangkut. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi technically speaking khen sis, memang mana ada termaktub mana2 akta mengatakan pihak kedai kena bagi diskaun sekian2 amaun bila ada hazard dekkkkk….. so apa2 jelah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
penjodoh bilangan mata kail .. bilah ke? bilah tu tuk pisau, mata kipas, parang. mata kail tu sebentuk la. |
|
|
|
|
|
|
|
yang melekat dekat kail tu bukan cacing ke? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Begitu lah sis, masa mco tu hari merempan restoran tak boleh buka itu ini. Bila dah buka, pelanggan plak ramai terus lupa diri. Berapa sangat pun diskaun banding dia pergi lodge polis report atau viral macam ni. Akui jela silap sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
patut terus dpt free food for laifffff..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
sekali makan sampai beratus-ratus.. tu pulak yang aku terkesima.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
ikut rega mata kail....hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bubuh je nama restoran tu, untuk keselamatan kita semua juga |
|
|
|
|
|
|
|
bubuh je nama restoran tu, untuk keselamatan kita semua juga |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau luar negara dah dapat kupon makan free
Dedua pihak jua untung
Free marketing sebab peniaga berbudi bicara
Free makan sebab pembeli dapat gantirugi senang hati |
|
|
|
|
|
|
|
wow , haha macam Jang Bong Hwan ( chef Blue House ) dalam Mr Queen tu...wah ade jadi betul ni. |
|
|
|
|
|
|
|
gigih tau iolss google penjodoh bilangan utk mata kail.
![](static/image/smiley/default/shy.gif)
iya...bentuk. sebab mata kail tu 'benda kecik yg bentuknya berkeluk/melengkung' maybe reporter ni letak bilah sebab tajam kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|