CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 5

[Tempatan] Pelajar universiti ditemui meninggal dunia di dalam bilik berkunci

[Copy link]
Post time 29-6-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Pelajar universiti ditemui meninggal dunia

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ui-meninggal-dunia/

Oleh MUHD AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
29 Jun 2022, 10:24 am


Polis menjalankan siasatan sejurus menerima maklumat berhubung kejadian. FOTO IHSAN PEMBACA.

SERDANG – Misteri bau busuk sejak beberapa hari lalu akhirnya terungkai selepas mayat seorang pelajar lelaki ditemui di dalam bilik berkunci di sebuah universiti sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.45 petang semalam.

“Kes ini membabitkan seorang pelajar tahun akhir berusia 29 tahun jurusan Sarjana Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

“Siasatan awal mendapati, mayat pelajar terbabit ditemui di sebuah bilik di tingkat lima dalam keadaan terlentang di tepi katil.

“Mangsa yang ditemui tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang itu difahamkan tinggal di bilik berkenaan seorang diri.

“Pintu juga dalam keadaan berkunci dan tingkap bertutup rapat. Pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa masih berada dalam bilik tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, saksi ada memberitahu telah pergi ke bilik mangsa pada pukul 4.30 petang kerana telah lama tidak berjumpa dan mendapati bilik mangsa berbau busuk.

“Saksi telah memberitahu felo pelajar sebelum beberapa kakitangan universiti terbabit membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

“Sebaik pintu dibuka, mangsa ditemui terbaring dan mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. Kali terakhir mangsa ditemui adalah pada dua hari lalu, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan,” jelasnya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat pelajar terbabit telah di hantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 10:57 AM | Show all posts
sakit jantung kah?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:02 AM | Show all posts
kolej mohd rashid (KMR) upm
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:07 AM | Show all posts
Allahu.. ingat kat UK ape.. rupanya serdang je... serangan jantung kot mengejut camni

Innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
selain penyakit...bebudak lelaki kalau main game lupa mkn minum tu pun kena ingatkan juga..byk kes mati jugak
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 11:40 AM | Show all posts
Walaupun lambat terjawab juga misteri bau busuk tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043119 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list