CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 719|Reply: 5

[Tempatan] Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, tegur guna murid tadika untuk cabaran #makehimwannamarryme di media sosial

[Copy link]
Post time 29-6-2022 12:56 PM | Show all posts |Read mode
Marzuk tegur guna murid tadika untuk cabaran #makehimwannamarryme

https://www.malaysiakini.com/news/626458

Diterbitkan:  Jun 29, 2022 12:31 PM⋅
Dikemaskini: 12:44 PM



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary meluahkan rasa kecewa apabila kanak-kanak menurutnya dieksploitasi untuk meraih tontonan di media sosial.

Ahmad Marzuk mengulas mengenai video yang tular memaparkan murid tadika digunakan bagi menyahut cabaran #makehimwannamarryme di aplikasi TikTok.

Katanya, perbuatan sebegitu tidak boleh diambil ringan, apatah lagi jika ia dirakam di masjid.

"Dunia hari ini, anak kecil di tadika pun sudah pandai berlumba-lumba menyahut cabaran #makehimwannamarryme di Tik Tok.



"Sebab itulah, sukar untuk saya menerima wujudnya kejadian seperti video di bawah ini di masjid-masjid kita.

"Anak kecil yang hadir ke masjid, sukarela atau terpaksa, berbaris lurus di saf atau melompat terpekik, kesemuanya adalah permata yang kita perlu santuni," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dua hari lalu sebuah portal berita melaporkan pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu menyelar tindakan guru di sebuah tadika yang didakwa menggunakan murid tadika untuk membuat ‘content’ trend menari ‘Marry Me’ yang tular di aplikasi Tik Tok.

Dia yang dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi, berkata banyak pihak yang meletakkan ‘tag’ berhubung video tular berkenaan kepadanya.

Jelasnya lagi, dia terkejut apabila melihat video memaparkan murid lelaki menyarungkan cincin kepada seorang murid perempuan, sebelum kanak-kanak perempuan itu berjoget sambil menutup muka seperti trend yang tular di TikTok ketika ini.

Video itu memperlihatkan kanak-kanak tadika mengenakan pakaian seragam berwarna biru dipercayai pakaian tadika.

“Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak tu joget-joget sambil tutup muka. Kau (guru) ingat benda ni kelakar ke? Nampak ‘sweet’ bila budak kecil yang buat? Musibah betul,” kata Mohd Fairuz.

Dalam pada itu, Ahmad Marzuk menggesa supaya orang ramai menjadikan masjid sebagai Salah satu pusat bimbingan bagi kanak-kanak selain di sekolah.

"Sahabat-sahabat, janganlah kita mengasingkan peranan masjid dalam pendidikan anak-anak.

"Pendidikan Islam tidak cukup dengan hanya di sekolah. Masjid adalah tempat terbaik untuk kita mencanai anak-anak muda yang akan menjadi penyambung mata rantai perjuangan Islam.

"Mereka inilah yang akan menjadi benteng agama di saat anak-anak muda yang lain terbenam hanyut dengan arus hedonisme yang rancak menyerang pemikiran anak muda Islam," katanya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 02:20 PM | Show all posts
kemas la ni kan
skang ramai cikgu2 kemas ni budak2 je g
sah2 kaki tiktok ootd
mmg xde minta mengajar pun
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mumayyiz lgi. Hrap ibu bapa n guru2 pantau elok2 generasi skang ni. Mcm2 pngaruh media. Kne tapis
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:38 PM | Show all posts
banyak lagi cabaran yang berfaedah boleh dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 04:43 PM | Show all posts
paling takleh brain masa first time tgk video nih...
and ramai sicko kat komen cakap comel jer...apooooooooo!
even tho tt claimed anak sedara dia...still i feel sick in my stomach
tolong la jangan normalize benda tak betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:01 PM | Show all posts
Demi contant gigih suruh bebudak buat macam tu tak ada faedahnya langsung buat bebudak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.042055 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list