View: 639|Reply: 3
|
Bintang F1 Sedih Jadi Mangsa Buli Hanya Kerana Berasal Dari China
[Copy link]
|
|
Zhou Guanyu mendedahkan detik hitamnya pernah dibuli di awal pembabitannya dalam dunia Formula Satu (F1).
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/130024fvqq33v1hxoqhsxd.jpg) IG Zhou
Bintang sensasi China berusia 23 tahun itu berkata, perjalanan yang dilaluinya tidak semudah disangka apabila dia dilayan teruk hanya kerana asal-usulnya.
“Saya dapat melakukannya dengan baik selepas setahun berlatih, tetapi kadang-kala ada orang sengaja merempuh dan menolak saya dengan sengaja kerana hanya saya yang berasal dari China.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202206/29/130024aquuwurrxxwrrxrr.jpg) IG Zhou
"Ia sangat sukar bila dibuli. Saya memperoleh penghormatan secara senyap-senyap dengan melakukan yang terbaik di landasan," ujarnya dipetik Daily Star.
Untuk rekod, Zhou mencipta sejarah pada awal tahun ini dengan menjadi pemandu pertama dari negaranya yang bersaing dalam perlumbaan F1.
Pemenang tempat ketiga Formula 2 tahun lalu itu menjadi salah satu kejutan terbesar musim ini apabila dia beraksi cemerlang untuk Alfa Romeo.
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Asooo kalo kat mane2 slalu ckp tertindas. Termasuklah di Malaysia ni. Padahal…. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hairan sebab ramai yang masih hate Asia terutama dari China disana tambah teruk sejak wabak mula melanda dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Tu namanya back fire ,satu dunia takkan sokong China dlm sukan sejak dan dia ada chaiyok2, rasanya dulu takda benda MCM ni, ajaran Xie jin ping lah ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|