CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 0

[Tempatan] Doktor nasihat jangan bawa bayi masuk pawagam

[Copy link]
Post time 29-6-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Doktor nasihat jangan bawa bayi masuk pawagam

https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... bayi-masuk-pawagam/

Oleh KOSMO!
29 Jun 2022, 11:27 am


Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan tidak membawa bayi menonton filem di panggung wayang kerana terdapat banyak faktor ia tidak sesuai untuk mereka.

Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata,
bunyi di pawagam diukur melalui nilai decibel (dB) dan secara amnya, decibel yang selamat untuk pendengaran adalah 85 dB ke bawah.

“Lebih daripada itu, dianggap tidak selamat jika terdedah secara berterusan. Ini untuk dewasa, kalau bayi pendedahan kepada bunyi kuat secara beterusan boleh menyebabkan kerosakan.

“Selain itu, suhu di pawagam biasanya sangat sejuk. Orang yang mempunyai selaput lemak tinggi pun boleh rasa kesejukannya, inikan pula bayi kecil.

“Jika terdedah kepada suhu rendah terlalu lama, ia akan akibatkan hipotermia,” katanya pada hantaran Facebook.

Beliau berkata, pawagam adalah tempat tertutup dan bayi pula tidak boleh mengenakan pelitup muka akibat risiko sesak nafas.

Katanya, bayi akan terdedah kepada risiko jangkitan kuman bawaan udara (airborne) dengan lebih mudah.

“Selain itu, bayangkan tengah seronok layan jiwang sambil meleleh air mata, bayi menangis sekuat hati.

“Hati penonton akan ‘koyak’, nak marah tapi kena sabar. Akhirnya rasa rugi pula beli tiket mahal-mahal,” katanya.

Sehubungan itu, Dr. Ahmad Firdaus menyarankan bayi atau kanak-kanak yang tidak memahami cerita berat tidak dibawa ke pawagam dan seharusnya ibu bapa bergilir untuk menonton atau mendapatkan khidmat penjaga. -KOSMO! ONLINE.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.258225 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list