CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Terengganu] Siasat insiden 'bawa naik' penyu

[Copy link]
Post time 30-6-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri telah mengarahkan Jabatan Taman Laut melakukan siasatan terperinci berkaitan video tular insiden memegang penyu di Pulau Redang baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu Ariffin Deraman berkata, perbuatan memegang penyu adalah salah mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

"Tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu mengikut akta tersebut. Kerajaan negeri kesal dengan insiden ini dan berharap ia tidak akan berulang pada masa akan datang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa lalu, tular di media sosial satu video berdurasi 24 saat yang memaparkan seorang kru bot menyelam dan membawa naik seekor penyu hampir ke permukaan dipercayai di Teluk Dalam, Pulau Redang.

Video tersebut mendapat kecaman warganet kerana ia menyalahi undang-undang memandangkan penyu adalah haiwan terancam yang dilindungi kerajaan.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Pengusaha Bot Pulau Redang Azmi Awang ketika dihubungi berharap pihak terlibat dalam video tular itu akan dikenakan tindakan sewajarnya sebagai pengajaran agar ia tidak berulang lagi.

"Kami kesal dengan tindakan pengusaha bot yang masuk ke taman laut Pulau Redang membawa pelancong untuk melihat penyu secara tidak beretika.

"Setiap pengusaha bot perlu peka dengan peraturan yang dikuatkuasakan dan mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh penyu ketika mengadakan aktiviti snorkeling," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... den-bawa-naik-penyu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.280319 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list