CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43073|Reply: 4

Alyah takut nak tidur hotel, anak selalu kena 'kacau'

[Copy link]
Post time 31-1-2025 03:58 PM | Show all posts |Read mode
Pernah berdepan gangguan misteri, penyanyi Datin Alyah lebih berhati-hati memilih tempat penginapan setiap kali membawa anaknya, Nur Izzara bekerja di luar kawasan mahupun bercuti.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 44, berkata, bayinya, Nur Izzara yang kini berusia sembilan bulan pernah menangis tanpa henti menangis seperti ketakutan ketika mereka menginap di beberapa hotel.



“Saya mula menyedari perkara ini (gangguan) ketika mula-mula mahu membawa Izzara pulang ke Kuala Lumpur apabila kami bertiga termasuk pembantu singgah berehat di sebuah hotel.

“Sebaik sampai anak saya menangis sangat lama sedangkan keadaannya sebelum itu elok sahaja, jadi saya hubungi suami dan dia meminta kami tidak tidur di situ, sebaliknya terus pulang. Elok pula dia nyenyak tidur dalam perjalanan dan di rumah.

“Sejak ada Izzara saya jarang ambil ‘show’ yang lama dan kalau terima pun saya balik hari, tidak tidur di hotel. Sebenarnya situasi sama kami lalui ketika menginap di dua lagi hotel lain,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurut isteri kepada maestro muzik Datuk Ramli MS itu, bagi mengelakkan insiden serupa berulang dia akan memeriksa ulasan pelanggan sebelum membuat tempahan hotel.

  


Bukan taksub kepada perkara mistik, langkah dilakukan juga membolehkan mereka dapat berehat dengan tenang selain menikmati masa berkualiti seisi keluarga.

“Sebenarnya banyak kebaikan kalau kita baca review sesuatu lokasi atau tempat penginapan kerana dari situ kita juga dapat tahu keadaan persekitaran juga perkhidmatan tambahan.

  


“Bagi orang yang ada bayi macam kami, saya tengok dahulu kalau banyak keluarga yang ada anak kecil pergi maknanya banyak kemudahan serta suasana pun selamat daripada gangguan,” ujarnya.

  


Terdahulu, pada Jun tahun lalu penyanyi Kisah Hati itu mengumumkan dia dan suaminya mengambil Nur Izzara sebagai anak angkat.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013, namun belum dikurniakan cahaya mata. Menerusi perkahwinan terdahulu Ramli mempunyai dua anak.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2025 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya baby
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cute sungguh anak dorg
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2025 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
syg sungguh tokram dgn zara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cite psl hotel berantu Kan,anak autism i dlu siap main2 dgn bnde Tu..nsb la xikut balik..sjk Tu mmg tgk review hotel dlu klu nak cek in..Kang JD penat badan je bjaga mlm smpi ke pagi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048153 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list