CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3300|Reply: 3

2 kelibat wanita berkebaya ganggu tidur, nak lari kena tindih pula!

[Copy link]
Post time 30-6-2022 08:15 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda rasa ‘ada benda ikut’ selepas Tonton filem KKN di Desa Penari... 2 kelibat wanita berkebaya ganggu tidur, nak lari kena tindih pula!


Filem KKN di Desa Penari mendapat perhatian penonton.

KETIKA ini sedang heboh diperkatakan tentang filem seram terbaharu Indonesia berjudul KKN di Desa Penari yang meraih kejayaan luar biasa dalam kalangan penonton termasuk di Malaysia dan Singapura.

Dikhabarkan filem ini adalah berdasarkan kisah benar seperti diceritakan oleh seorang pengguna Twitter iaitu @simpleman sekitar tahun 2019.

Kisah itu berlaku kepada enam pelajar iaitu Ayu, Nur, Widya, Wahyu, Bima dan Anton yang sedang menjalani tugasan luar universiti di sebuah perkampungan pada 2009.

Desa yang dipilih pelajar itu bagaimanapun menyimpan banyak misteri sehingga mereka mengalami pelbagai kejadian pelik dan seram selepas ada antara mereka yang melanggar pantang larang ditetapkan.

Ada benda ikut selepas tonton KKN di Desa Penari

Sebagai salah seorang penggemar filem seram, Shahrul (bukan nama sebenar) cukup teruja dengan tayangan filem itu di negara ini apatah lagi pernah membaca bebenang mengenai Desa Penari di Twitter.

Namun keterujaan itu mengundang padah apabila dia mengalami pelbagai kejadian pelik selepas menonton filem tersebut.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/05/19/1588738.jpg
Shahrul terkejut apabila mendapati terdapat kelibat di dalam biliknya.

"Sejujurnya filem itu tidaklah seseram mana tetapi lebih kepada misteri yang menyelubungi Desa Penari tetapi ada sesuatu mengenainya yang membuatkan bulu roma meremang ketika menontonnya.

"Kerana terlalu teruja, saya pergi menonton filem itu seorang diri dan kebetulan hanya tayangan sebelum tengah malam yang tinggal, jadi saya beli sahaja tiket.

"Filem itu memang menyeronokkan, jalan cerita yang mantap selain ada pelbagai pengajaran boleh diambil daripada kisah KKN di Desa Penari," katanya.

Ketika pulang ke rumah, Shahrul perasan seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya kerana dia berasa resah sepanjang perjalanan selain merasakan ada sesuatu duduk di bahagian belakang keretanya.

Tapi fikirnya, ia perkara biasa, mungkin disebabkan terbawa-bawa selepas menonton filem seram. Tetapi semakin dia cuba membuang perasaan itu, bulu romanya meremang apatah lagi ketika melalui kawasan gelap.

Apa yang saya alami itu bukanlah disebabkan filem KKN di Desa Penari tetapi mungkin faktor saya pulang lewat malam dan mungkin ada benda ikut pulang ke rumah.
SHAHRUL

"Ketika sampai di rumah, saya terus masuk ke bilik dan tidur tanpa mandi atau mencuci kaki kerana terlalu letih, apatah lagi esok perlu bangun awal untuk ke pejabat.

"Entah macam mana saya tiba-tiba terjaga sekitar pukul 4 pagi dan dalam kesamaran, terlihat dua kelibat berdiri di penjuru bilik.

"Memang terperanjat tetapi saya cuba bertenang dan menganggap saya cuma mengigau dan ia hanya bayang-bayang daripada cahaya dari luar," imbaunya.

Memperincikan kelibat yang dilihatnya, Shahrul menjelaskan dua entiti itu berambut panjang dan memakai kebaya namun hanya menundukkan kepala dan tidak bergerak daripada kedudukan mereka.

Shahrul berkata, dia cuba bangun daripada katil, tetapi badannya seolah-olah ditindih membuatkan dia terus memejamkan mata dan tanpa disedari dia kembali tertidur.


Shahrul memberitahu wanita berkebaya merah berada di dalam biliknya. -Gambar sekadar hiasan

"Apa yang saya alami itu bukanlah disebabkan filem KKN di Desa Penari tetapi mungkin faktor saya pulang lewat malam dan mungkin ada benda ikut pulang ke rumah.

"Sampai rumah pula saya tidak beri salam, tidak mandi atau basuh kaki yang membuatkan benda itu ikut dan cuba mengganggu saya," katanya.

Bagaimanapun kata Shahrul, apa dialaminya itu membuatkan dia berasa trauma dan sentiasa teringat-ingat akan dua kelibat itu yang muncul di hadapannya.

Filem itu dibintangi oleh Tissa Biani sebagai Nur, Adinda Thomas sebagai Widya, Aghniny Haque sebagai Ayu, Ahmad Megantara sebagai Bima, serta Calvin Jeremy sebagai Anton.

Filem yang diarahkan oleh Awj Suryadi ini pada awalnya dirancang untuk ditayangkan pada Mac 2020 namun tertunda kerana pandemik Covid-19.

Sumber:https://www.mstar.com.my/xpose/m ... ri-kena-tindih-pula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada tgk satu citer ni.. kalau nak pompan masuk bilik mlm2.. sila tanam pokok pisang di luar rumah.. pastu bila pokok pisang tu dah besaq, ikat tali merah dan sambung kat ibu jari kaki sblm tidoq.. mlm2 nnt ada la pompan mai menjenguk..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:30 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 30-6-2022 09:55 PM
Iols ada tgk satu citer ni.. kalau nak pompan masuk bilik mlm2.. sila tanam pokok pisang di luar rum ...

pastu ada yang potong benang tu pastu hantu tu menggila...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 30-6-2022 10:30 PM
pastu ada yang potong benang tu pastu hantu tu menggila...

Mana la.. dia ada sampai pagi.. pastu dia hilang la..

Ada pantang, tapi iols tak ingat apa pantang dia.. sbb kalau langgar pantang tuh, drp rupa pompan cantekss.. akan terbukak hijab dan nampak rupa sebenar dia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070459 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list