Marah kena saman, lelaki langgar kenderaan JPJ guna jengkaut
KENINGAU: Marah akibat disaman, seorang lelaki nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut yang dipandunya.
Kejadian berlaku ketika sepasukan anggota JPJ dikatakan melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, di sini, menyebabkan kenderaan milik pasukan penguat kuasa itu remuk.
Berdasarkan maklumat, anggota terbabit dikatakan mengesyaki jengkaut terbabit yang mencurigakan dan menahannya untuk tujuan pemeriksaan, sebelum pemandunya didapati tidak memiliki lesen memandu kelas F.
Selepas saman dikeluarkan, pemandu yang tidak berpuas hati itu tiba-tiba melanggar kenderaan milik JPJ sehingga terbalik.
Beberapa video mengenai insiden itu tular di media sosial memaparkan anggota JPJ cuba memujuk pemandu jengkaut terbabit, namun tidak diendahkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Difahamkan, tiada anggota JPJ yang tercedera, namun kenderaan dilanggar lelaki terbabit rosak teruk.
Seorang lelaki nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut. - Foto ihsan pembaca
Pegawai penguatkuasa menjalankan amanah yang diberikan berdasarkan Akta. Jika kita tak buat salah kenapa perlu takut kepada undang-undang. Ya betul ada orang kata kita perlu takut kepada Allah tapi undang2 direka untuk keharmonian dan keselamatan rakyat. Penguatkuasa bukan nak duit saman semata-mata tapi satu pengajaran agar rakyat hormati undang2. rakyat dengan ahli politik pun sama. saman tetap saman. rakyat pun bila kena saman bukan nak bayar.
Post time 1-7-2022 07:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Berani betol ye dia. Mohon dia berani untuk tembak menteri2 tak guna. Dalam kes ni kalau kena saman buat tak tau sudah kalau tak nak bayar. Dari kau rosakkan kereta JPJ. Dah kedalammm
Dia nih dah pikir masak masak ke..silap haribulan kena saman sbb jahanamkan harta kerajaan...
Dari saman yg sedikit sbb ko sendiri x patuh peraturan, skrg kena saman Dan bayar gantirugi kerosakan harta benda awam..dah lar mmg lesen ko takde..pastu bawa jengkaut tuh pi mana mana..kalau exciden etc etc sapa yg patuh disalahkan
Pastu bila kat mahkamah, buat muka seposen ckp xde duit etc etc..
objektif pendidikan nih tak tercapai langsung utk OKT nih..
Post time 1-7-2022 07:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Realiti memang ramai pemandu jentera tiada lesen F. Esp jentera nie biasanya kerja kat kawasan kebun. Penguatkuasa pun ada tu gigih masuk sampai jalan kebun nak saman tapi macam Mana boleh ada pemandu yg berusia lebih 60 tahun masih mempunyai lesen memandu kenderaan komersil.
Post time 1-7-2022 10:07 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kohkohkohhhhh
Syabas abg jengkaut
Puas hati akak baca news ni
Sbb akak mmg tahu yg staf JPJ mmg lahanat pun dan kuat makan rasuah kalo nk pass kan driving test
Kalo org tu x nak hulur apa2, disuruhnya amik lg test and kene bayar lg
Ni kisah awal thn 2000 dulu
Tu blom lg dgn pegawai diorg yg mcm babi duk la terjerit2 kuang ajar ms time tgh driving test