CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 0

[Sarawak] Guru rugi RM142,000 diperdaya Macau Scam

[Copy link]
Post time 2-7-2022 02:11 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang guru perempuan di sebuah sekolah di sini menjadi mangsa penipuan Macau Scam sehingga mengalami kerugian RM142,000 dalam kejadian pada 27 dan 28 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Batholomew Umpit berkata, mangsa berumur 25 tahun telah membuat laporan polis pada 30 Jun lalu.

Sebelum itu katanya, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenali dari bahagian cukai pada 15 Jun lalu dan menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa berjumlah RM59,000.

"Panggilan telefon tersebut (kononnya) kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk membolehkan mangsa membuat laporan penafian," ujarnya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, suspek lelaki yang menyamar sebagai anggota polis mengatakan telah membuat semakan dan mendapati mangsa terlibat dengan aktiviti penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram serta telah menerima wang komisen berjumlah RM228,000.

Katanya, mangsa juga diberitahu akan dihubungi seorang pegawai kanan polis berpangkat Datuk.

"Selepas itu mangsa menerima WhatsApp yang mengarahkan mangsa membuat pinjaman peribadi berjumlah RM200,000 untuk membuktikan tiada dana haram masuk ke dalam akaun simpanan mangsa," katanya.

Tambahnya, mangsa akur kemudian telah membuat pinjaman peribadi berjumlah RM200,000 dan membuka akaun di sebuah bank pada 23 Jun tahun ini dan telah memuat turun aplikasi BNM (Bank Negara Malaysia) melalui pautan yang diberikan oleh suspek melalui WhatsApp pada telefon bimbit mangsa.

Selepas itu katanya, mangsa mengisi maklumat ID, kata kaluan, nombor kad pengeluaran wang automtik (ATM), nombor nilai pengesahan kad (CVV), nombor kad pengenalan serta frasa keselamatan perbankan dalam talian mangsa dalam aplikasi tersebut.

"Mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah dimaklumkan oleh suaminya dan seterusnya mangsa membuat semakan perbankan 'online' miliknya serta mendapati wang berjumlah lebih kurang RM142,000 telah dipindahkan ke dalam dua akaun individu yang tidak dikenali melalui enam transaksi di antara 27 dan 28 Jun tahun ini," ujarnya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar mengawal diri sendiri dan tidak mudah panik atau merasa cemas sekiranya menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali yang mendakwa diri mereka dari mana-mana jabatan kerajaan, institusi kewangan, syarikat insuran, syarikat penghantaran dan sebagainya.

Katanya, tamatkan segera panggilan tersebut dan buat semakan dengan pihak berwajib melalui nombor telefon yang sah atau hadir sendiri ke jabatan kerajaan, institusi kewangan serta yang berkenaan dan sebagainya untuk membuat pengesahan.

"Jangan sesekali menghubungi nombor-nombor telefon yang diberikan oleh suspek. Orang ramai juga diingatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi dan perbanka dalam talian kepada mana-mana individu yang tidak dikenali yang mana maklumat perbankan tidak seharusnya didedahkan kepada sesiapa pun," tegasnya.

Selain itu katanya, jangan mendaftar perbankan dalam talian dengan nombor telefon yang diberikan oleh mana-mana individu yang tidak dikenali dan orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui `Check Scammers CCID' atau melalui laman sesawang di http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.
Katanya, layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak untuk mendapatkan maklumat modus operandi terkini penipuan.

"Orang ramai juga boleh berhubung dengan CCID Scam Response Center melalui talian 03-26101559 dan 03-26101599 atau JSJK Infoline di talian 013-2111222 (WhatsApp /SMS) bagi mendapatkan nasihat atau menyalurkan maklumat berhubung kes-kes jenayah dalam talian," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.224300 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list