‘Kurangkan sikit makan telur’, nasihat Pengarah KPDNHEP
By DANIAL HAKIM / July 2, 2022
Bukan sekadar menyindir, warganet bahkan melenting susulan ‘nasihat bernas’ Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berhubung kenaikan harga telur di pasaran.
“Kalau boleh kita sebagai pengguna kann, kalau dah tahu kenaikan harga telur itu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.
“Kalau seminggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tiada masalah. Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya kepada media semalam.
Dalam masa sama, Norena juga berharap supaya rakyat memahami situasi peningkatan harga barang disebabkan inflasi di pelbagai peringkat di seluruh negara ketika ini.
“Basically, kerajaan memutuskan bagi lagi subsidi ayam, dan pelbagai subsidi lain supaya kita tidak terbeban.
“Kita mohon sangat rakyat especially rakyat Melaka kita sekarang dalam kadar inflasi yang tinggi. Bukan Malaysia saja eh yang hadapi tekanan harga barang naik bahkan satu dunia.
Norena Jaafar
“So, it’s not isu yang barulah,” katanya dalam bahasa rojak itu.
Susulan itu, rata-rata warganet menyelar Norena termasuk dia sebagai pegawai kanan kerajaan tentunya tidak terkesan dengan impak kenaikan banyak kos barangan keperluan yang keterlaluan pada masa ini.
“Rakyat beli telur sebab itu yang paling murah untuk dimakan. Amboi, tuan pengarah dah jadi ahli politik, pulak,” kata netizen.
Terdapat juga warganet yang meninggalkan komentar, “Lebih baik kau (Norena) syorkan rakyat berpuasa saja. Berbuka dengan zikir saja…”
Bagi Rayhim Ruzairy pula menulis, “Biar nampak bengong asalkan gaji dia tetap masuk setiap bulan. Ada dia ambil kisah..”
Bahkan, seruannya supaya kurangkan makan telur ayam turut dipersoal oleh golongan peniaga kecil.
“Tak boleh (kurangkan telur ayam). Saya peniaga kecil. Menu saya setiap kali masak mesti guna telur. Macam mana tu?” soal Affendy Chiew Abdullah.
Tidak kurang juga yang menganggap kenyataan Norena seperti kanak-kanak malah alang-alang begitu, cakap saja rakyat tidak lagi harus menyentuh telur ayam.
“Budak-budak pun boleh cakap begitu. Kenapa tak cakap berhenti makan telur. Lagi jimat,” perli Aziz Zaini.
Sehubungan itu, ramai mengingatkan supaya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menolak saja Barisan Nasional (BN) yang sudah disamakan dengan ‘Barang Naik’.
“Ingat zaman BN ingat Barang Naik. Ingat #PRU15, ingat untuk tolak BN dan seangkatan dengannya,” seru Zamuri Mat Asnguri.
Untuk rekod, kerajaan pada 29 Jun lalu menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji).
Sebenarnya ok juga saranan seperti ini tetapi cara saranan ini di beri oleh pentadbir adalah suatu yang bersifat kosong, seolah-olah lari dari tanggungjawab. Tak memberi erti apa-apa kepada rakyat.. dan rakyat juga tahu mereka dah tak boleh bergantung kepada mereka, tetapi kepada siapa tempat mereka mengadu selagi mereka jadi pentadbir ...
Takkan nak ulang-ulang skrip inflasi, kenaikan harga barang dunia, semua negara menghadapinya... setakat nak ulang nanti orang muak sebab orang dah tahu...orang juga nak tahu sebijak mana kerajaan nak handle perkara ini...
... sebab apa.. orang akan jangka kerajaan ini tak ada kreativiti dan tak ada vision... kerajaan lemah ini hanya ada perkataan subsidi diulang2 beribu kali untuk nak manage suatu isu seperti isu ayam ini. Sangat kesianlah.
Mana thinktank kerajaan... sepatutnya idea-idea mereka diketengahkan untuk bantu rakyat. Tapi aku agaklah idea dari think tank dibelakang tabir kerajaan ini, dibakulsampahkan oleh politician-politician yang dilantik dengan pilihanraya, orang masuk politik ini bodoh macam mana pun kalau dapat bina imej yang baik boleh naik..malangnya politician2 ni nak buat sesuatu ramai yang terbiasa dan terlatih mesti ada nama dan kepentingan dia untuk apa-apa urusan walaupun boleh jer jalan tanpa dia..
Sebab itu, aku rasa mustahil sangat tak ada orang-orang belakang tabir yang hebat dan boleh bagi idea yang dapat mengintegrasikan dan mencari penyelesaian beberapa isu serentak seperti ekonomi dan kepentingan rakyat seperti isu ayam ini.
Jangkaan yang sepatutnya ada, jika ada think tank ini ialah adanya perancangan kerajaan untuk boost pengeluaran ayam, jangka pendek dan jangka panjang tetapi ini tidak dinyatakan... itulah masalahnya tentang pengumuman di atas.
Itula sepatutnya yang diwartakan dicanangkan selalu, bersama dengan apa saja bentuk pendidikan yang hendak diberikan, jadi seruan kerajaan itu akan dilihat lebih bijak, matang, lembut dan berupaya untuk menyelesaikan suatu masalah.
Contohnya pengumuman kerajaan seperti, kerajaan telah melalui usahasama sedang dalam penubuhan 1,000,000 pusat penternakan ayam diseluruh negara yang akan beroperasi sepenuhnya dalam lima bulan dari sekarang. Maka buat masa sekarang, kekurangan bekalan telur dan daging ayam akan dihadapi bersama. Kesulitan yang dihadapi bersifat sementara maka ada beberapa tindakan yang boleh dibuat pada peringkat individu atau kepada peniaga-peniaga seperti: list..
Ini skrip sikit-sikit cakap pasal inflasi, kenaikan harga barang peringkat dunia,(pasal harga barang ni sebenarnya, masa setiap kali bn perintah akan naik, disebabkan ap kah?) dan subsidi-subsidi subsidi..
skrip ni bosanlah sebab seolah-olah barisan pentadbir kita kelihatannya tak boleh buat apa... barisan pentadbir yang lemah, maka tak ada apa yang boleh diharapkan lagi, tapi bermewah-mewah tahu.. kita patut buang sahajalah pentadbir2 lemah ini...
Haishh , suruh EPU , Economic pLanning Unit kat JPM tu pi refer thesis sarjana sorang manusia ni - on bagaimana Al Maqrizi seorang pentadbir dan juga historian menguruskan Inflasi yg telah pun berlaku dalam kerajaan Mamluk Mesir abad 15th century / 9 Hijrah .
benda ni yg sama inflasi ia merupakan satu keadaan ekonomi yg akan senantiasa berlaku , so i think lebih baik beajar daripada sejarah , mungkin ada idea zaman itu boleh diinovasikan atau dimodel modernkan ikut kesesuaian...