CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 481|Reply: 0

[Tempatan] Ambil semangat, iktibar daripada filem Mat Kilau!

[Copy link]
Post time 3-7-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - Masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu perlu mengambil iktibar daripada kisah perjuangan Mat Kilau yang tidak tergoda dengan pangkat dan wang ketika menentang penjajah.

Presiden Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), Nasim Ralim berkata, kisah Mat Kilau menjadi fenomena di negara ini berikutan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sedang popular di pawagam.

“Pada ketika Mat Kilau dan pahlawan Melayu menghadapi cabaran luaran menghalau penjajah Inggeris yang cuba mengaut keuntungan daripada hasil bumi Tanah Melayu, mereka juga terpaksa menongkah cabaran dalaman apabila dikhianati oleh tali barut British yang mengambil rasuah dan berpeluk tubuh demi keuntungan peribadi.

“Dalam usaha kita melawan rasuah dan penyelewengan, kisah Mat Kilau ini wajar menjadi iktibar anak muda,” katanya kepada kru Rasuah Busters.

Menurut Nasim, diulit rasa sedih, kecewa dan marah melihat bagaimana masyarakat Melayu ketika itu diperkotak-katikkan oleh penjajah, filem itu berjaya membakar semangat penonton yang tidak mahu perkara sama berulang di tanah air tercinta.

“Namun, adakah kita semua sedar perkara sama atau lebih buruk bakal terjadi sekiranya kita tidak membendung amalan rasuah yang berleluasa di negara ini?” soalnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ada-filem-Mat-Kilau
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 1.598400 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list