View: 282|Reply: 0
|
[Dunia]
China gesa junta Myanmar berbincang dengan penentang rampasan kuasa
[Copy link]
|
|
China gesa junta Myanmar berbincang dengan penentang rampasan kuasa
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/burma_1656900932.jpg)
Penunjuk perasaan antirampasan kuasa menunjukkan tabik hormat tiga jari semasa protes di Yangon, Myanmar. Foto REUTERS
BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi semalam menggesa junta tentera Myanmar mengadakan perbincangan dengan penentang ketika lawatan pertamanya sejak rampasan kuasa berlaku dan menyebabkan kekacauan di negara itu pada 2021.
Beijing adalah salah satu daripada beberapa sekutu antarabangsa tentera Myanmar yang membekalkan senjata dan enggan melabelkan situasi yang menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi sebagai rampasan kuasa.
Wang Yi berkata, China menjangka semua pihak di Myanmar untuk 'mematuhi perundingan rasional' dan 'berusaha untuk mencapai perdamaian politik'.
Menurut satu kenyataan di laman web kementerian luar, Yi juga memberitahu rakan sejawatannya, Wunna Maung Lwin bahawa 'China sangat berharap Myanmar akan stabil dari segi politik dan sosial'.
Dalam lawatan berprofil tertinggi Beijing ke Myanmar sejak rampasan kuasa itu, Yi turut menghadiri mesyuarat menteri luar dengan wakil dari Kemboja, Thailand, Laos dan Vietnam.
Komennya hadir selepas jurucakap junta berkata minggu lalu bahawa perbincangan antara tentera dan pemimpin tersingkir, Suu Kyi bagi menyelesaikan masalah negara itu sebagai 'tidak mustahil'.
Keganasan awam Myanmar yang semakin meningkat mencetuskan kebimbangan daripada negara jirannya, dengan utusan serantau hadir melawat untuk cuba memulakan perbincangan antara tentera dan penentangnya.
Malah, dengan kerajaan Barat mengenakan sekatan berikutan rampasan kuasa dan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat, junta kini semakin beralih kepada sekutu mereka termasuk China dan Russia.
Mei lalu, kumpulan pemberontak etnik Myanmar yang kuat dan mempunyai hubungan rapat dengan China menggesa junta untuk berdialog dengan pembangkang bagi menamatkan keganasan yang semakin meningkat, yang turut menyaksikan kepentingan perniagaan China diserang.
Beijing April lalu berkata, mereka akan membantu menjaga kedaulatan Myanmar, kemerdekaan dan integriti wilayah 'tidak mengira bagaimana situasi yang berubah'. - AFP
SumbeR:https://www.bharian.com.my/dunia ... tang-rampasan-kuasa
|
|
|
|
|
|
|
| |
|