CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 1

[Tempatan] Bau kencing kucing rupanya sisa kimia (Negeri DAP yang berPKNS)

[Copy link]
Post time 5-7-2022 08:33 PM | Show all posts |Read mode


Dengkil: Pencemaran bau seakan bau kencing kucing atau tikus sejak seminggu lalu sehingga boleh dihidu dalam radius 4.7 kilometer termasuk di Putrajaya, membawa kepada penemuan tapak pelupusan haram dipenuhi sisa kimia bercampur dengan sampah domestik di Kampung Semarang di sini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertindak menggerakkan siasatan bermula 30 Jun lalu meliputi pelbagai punca berpotensi seperti kilang dan saluran paip gas bagi mengesan aktiviti mencurigakan, sebelum berjaya mengesan lokasi pencemaran itu semalam yang terletak kira-kira 700 meter dari jajaran Sungai Langat.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dianggarkan terdapat 100 tong besi berkapasiti 200 liter mengandungi sisa kimia disyaki buangan terjadual berbentuk cecair, separa cecair dan pepejal berwarna di tapak pencemaran itu.

"Terdapat juga sisa bekas intermediate bulk container (IBC) yang sudah dipotong dan isi kandungannya dialirkan dalam lubang besar digali oleh pihak yang melupuskan sisa itu," katanya pada media ketika meninjau lokasi pencemaran di sini hari ini.


Menurut Tuan Ibrahim pencemaran bau dari tapak pelupusan haram boleh dihidu penduduk di Taman Emas dan Taman Kristal di Dengkil, dan Presint 5, Putrajaya.


Beliau juga tidak menolak kemungkinan pelupusan sisa haram sudah berlaku sejak berbulan lepas dan jumlah sisa yang bertambah mengakibatkan bau kurang menyenangkan.

Tuan Ibrahim berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes itu, namun pihak JAS telah menggerakkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti pelaku, kilang terbabit serta kontraktor pengangkut.


Menurutnya, sebuah jentera berat yang disyaki digunakan untuk melupuskan buangan telah disita pihak JAS bagi siasatan lanjut.

"Ada beberapa indikator yang dikenal pasti dari segi bahan kimia apa yang dilupuskan di sini," katanya mengenai tindakan susulan yang akan dilaksanakan akibat daripada pencemaran bau itu.

Beliau berkata, Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar diarahkan untuk menyelaras satu mesyuarat tindak cepat dengan agensi berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tindakan pembersihan segera dan pengeluaran kesemua bahan buangan dari lokasi kejadian.

Tinjauan wartawan di lokasi turut mendapati kawasan seluas 1.3 hektar itu dipenuhi lalat dan debu halus disertai bau tengik yang kuat, manakala pasukan JAS turut dilihat mengambil sampel sisa buangan bagi tindakan lanjut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2022 08:35 PM | Show all posts
Edited by SonicSiLandak at 5-7-2022 08:36 PM







assalamualaikum warga PKNS

ada bau ka???




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.140495 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list