|
Wan Azlan meninggal dunia selepas sesak nafas dipercayai tercekik makanan. - Foto NSTP/NURUL FATIHAH SULAINI
BESUT: Seorang lelaki meninggal dunia selepas sesak nafas, dipercayai tercekik tulang daging korban di rumahnya di Kampung Alor Selising, Jertih, di sini, semalam.
Kakak mangsa, Wan Suria Wan Ishak, 32, berkata, ketika kejadian adiknya, Wan Azlan Wan Ishak, 28, baru pulang dari tempat kerjanya kira-kira jam 5.15 petang.
Katanya, Wan Azlan terus ke masuk ke dapur untuk memanaskan singgang daging, sebelum makan.
"Jika diikutkan sebelum ini dia tidak pernah makan singgang daging lembu. Lauk kegemarannya ialah ayam. Dia juga tidak makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang ikan.
"Semalam arwah makan daging singgang, lalu tercekik," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, Wan Azlan meronta-ronta meminta tolong memaklumkan dia sukar untuk bernafas.
"Saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya dan sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.
"Arwah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Besut, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang," katanya.
Wan Suria berkata, arwah adiknya amat rapat dengan ahli keluarga serta disenangi oleh semua kenalan kerana seorang yang peramah dan suka membantu sesiapa sahaja.
Katanya, kehilangan Wan Azlan amat dirasai namun mereka reda dengan pemergiannya pada hari ketiga Aidiladha.
"Pada haya kedua Aidiladha, ibu berkata jika Azlan tiada, pasti mereka sukar untuk melakukan aktiviti seharian kerana dia banyak membantu memudahkan urusan keluarga," katanya.
Beliau berkata, arwah dikebumikan kira-kira jam 12 malam tadi di Tanah Perkuburan Kampung Padang Landak.
https://www.bharian.com.my/berit ... cekik-tulang-daging |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|