CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Sabah] Sabah giat tingkat bilangan penerbangan antarabangsa

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-7-2022 11:28 AM



SAMBUT: Joniston (dua kanan) bersama Julinus dan Tay ketika menyambut ketibaan penumpang dari Busan.

KOTA KINABALU: Pembukaan semula laluan penerbangan Busan-Kota Kinabalu bakal meningkatkan lagi kadar kekerapan penerbangan terus dari Korea Selatan ke negeri ini.

Pada 13 Julai lepas, syarikat penerbangan Air Busan melancarkan semula penerbangan laluan Busan-Kota Kinabalu yang membawa seramai 220 penumpang ke negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai berkata, buat masa ini, Air Busan akan mengendalikan dua penerbangan mingguan antara Busan dan Kota Kinabalu.

Katanya, dengan laluan baharu itu, Sabah dijangka dapat menambah bilangan penerbangan antarabangsa sekali gus menjadikan negeri ini sebagai destinasi yang lebih mudah diakses.

Menurutnya, peningkatan kekerapan penerbangan terus antarabangsa menunjukkan terdapat permintaan yang ketara untuk perjalanan ke Sabah, serta minat syarikat penerbangan di laluan Kota Kinabalu.

"Kerajaan tentunya mempertimbangkan untuk memperluaskan penerbangan terus dan mungkin menyambung semula laluan yang sebelum ini dihentikan sementara antaranya penerbangan dari negara Jepun, Indonesia, Taiwan, dan China.

“Atas sebab ini, kita mesti terus berhubung dengan syarikat penerbangan dan mengikuti perkembangan objektif mereka untuk mencapai persefahaman bersama seterusnya merangka strategi yang boleh dilaksanakan,” katanya ketika hadir menyambut ketibaan penerbangan Busan Air di sini semalam.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 40 penerbangan terus antarabangsa setiap minggu ke Sabah, dengan Korea Selatan mempunyai jadual kekerapan tertinggi.

Joniston berkata, jumlah berkenaan diikuti oleh Singapura (14 penerbangan), Brunei Darussalam (empat), Thailand (tiga), dan Filipina (dua).

Menurutnya, sejak pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lepas, lima syarikat penerbangan asing kembali beroperasi ke Sabah dan tiga daripadanya adalah syarikat penerbangan tambang rendah dari Korea Selatan.

"Ia termasuklah penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon iaitu Jeju Air, Jin Air, dan Air Busan (melalui Incheon dan Busan).

"Syarikat penerbangan lain iaitu Scoot (melalui Singapura) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (melalui Bandar Seri Begawan).

"Selain itu, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia turut menawarkan penerbangan terus ke Kota kinabalu dari Singapura, Manila dan Bangkok," jelasnya.

Beliau berkata, bagi kekerapan penerbangan terus domestik, pada masa ini terdapat 372 kekerapan penerbangan mingguan ke Sabah.

Katanya, laluan terus berkenaan melalui Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang, Kota Bharu, Terengganu, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Turut hadir, Tmbalan Ketua Pegawai Eksekutif STB Julinus Jeffrey Jimit dan Ketua Pegawai Pemasaran STB Tay Shu Lan.


utusanborneo.com.my/2022/07/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041663 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list