CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

[Sabah] KPDNHEP gagalkan aktiviti seludup barang kawalan

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 14-7-2022 11:35 AM



SERBU: Pasukan keselamatan menjalankan serbuan ke atas kapal tersebut.

BELURAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan keluar barang kawalan, di Sungai Kolapis, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, pasukan KPDNHEP bersama Batallion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran telah menyerbu sebuah kapal di lokasi tersebut.

Pengarah KPDNHEP Sabah, Georgie Abas berkata kejayaan rampasan itu hasil risikan pihaknya yang dijalankan selama tiga minggu sebelum serbuan dijalankan.

Katanya, hasil serbuan berjaya menemukan sebanyak 9,690 kilogram minyak masak paket di atas kapal dan 5,000 liter minyak diesel di dalam tangki skid di kawasan berhampiran yang dianggarkan bernilai RM34,975.

“Seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga kapal tersebut turut ditahan dan diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Lelaki terbabit juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


RAMPAS: Minyak masak paket yang cuba diseludup ke negara jiran berjaya dirampas.

Menurutnya, semua barang kawalan tersebut dipercayai untuk dijual ke negara jiran berrdasarkan kuantitinya yang banyak.

Georgie berkata, semua barang kawalan termasuk kapal, scout dan tangki skid yang disyaki digunakan untuk menyeleweng dirampas dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM1,904,975.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 20(1) akta sama  
“Siasatan lanjut juga akan dijalankan bagi mengenal pasti rantaian kegiatan ini,” katanya.

Georgie menegaskan KPDNHEP Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti yang melanggar perundangan itu boleh menyalurkan aduan kepada pihak KPDNHEP Sabah,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.376275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list