CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 543|Reply: 0

[Sarawak] Cederakan bekas isteri guna topi keledar, warga emas kena setahun

[Copy link]
Post time 14-7-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (kanan) mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya pada April lalu.

KUCHING: Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan bekas isterinya iaitu seorang wanita warga Filipina menggunakan sebuah topi keledar, April lalu.

Hakim Maris Agan memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh, Zolkepli Maralee untuk dikuatkuasakan mulai hari ini (13 Julai).

Mengikut pertuduhan, lelaki bekerja sendiri itu didakwa dengan sengaja mencederakan mangsa berusia 35 tahun dengan memukulnya menggunakan sebuah topi keledar pada 27 April lalu, sekitar jam 1 tengah hari di rumah rakan mangsa di Jalan Matang, Taman Malihah di sini.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua seksaan tersebut.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh pergi ke rumah kawan mangsa pada hari kejadian dan bertindak memukul mangsa menggunakan sebuah topi keledar beberapa kali.
Ia menyebabkan mangsa mengalami kesakitan di bahagian kepala, belakang bahu dan lengan kirinya.

Mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati tertuduh bertindak sedemikian akibat tidak berpuas hati dengan soal rumah tangga mereka, selain berpunca daripada mangsa yang dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Tertuduh yang mempunyai tiga anak masing-masing berusia 12, 8 dan 6 tahun bersama mangsa itu juga dilaporkan masih mencari mangsa, walaupun mereka sudah bercerai pada tahun lalu.

Terdahulu, sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh hanya mengemukakan rayuan ringkas dengan memohon agar tidak dijatuhkan hukuman berat.

Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan bagaimanapun memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran kepada tertuduh dengan mengambil kira beberapa faktor seperti kepentingan awam, berat kesalahan dilakukan dan kekerapan kes sedemikian dilaporkan kebelakangan ini.


utusanborneo.com.my/2022/07/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073995 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list