View: 733|Reply: 0
|
Kejayaan di Terengganu pembakar semangat Fareez ke Jempol
[Copy link]
|
|
Pelumba pasukan YYPang Yamaha Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman. - Foto ihsan Cub Prix
KUALA LUMPUR: Kejayaan menjuarai perlumbaan Pusingan 4 di Terengganu, bulan lalu memberi tonik terbaik buat pelumba pasukan YYPang Yamaha Racing, Md Fareez Afeez Abd Rahman menjelang Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 di Litar Jempol yang bermula esok.
Fareez yang beraksi dalam kategori CP125 mengakui Litar Jempol adalah kegemarannya dan mahu memanfaatkan kelebihan itu untuk sekali lagi menghasilkan keputusan terbaik.
"Saya agak yakin dengan kemampuan jentera saya ketika berlumba di Litar Terengganu. Walaupun saya tidak biasa berlumba dalam keadaan hujan dan merupakan sesuatu yang sukar untuk dikuasai, keyakinan saya terhadap tayar dan jentera saya telah membuahkan hasil.
"Menerusi pengalaman yang diraih itu, saya kini mempelajari cara mengambil selekoh ketika hujan.
"Jempol adalah salah satu litar kegemaran saya. Saya sudah membuat persediaan sebanyak yang mungkin untuk menebus kekecewaan dua tahun lalu disebabkan oleh kerosakkan pada jentera," katanya.
Kejuaraan di Terengganu menyaksikan Fareez mengukuhkan kedudukannya di tangga ketiga keseluruhannya.
Pada aksi pembuka tirai musim ini, Fareez sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh diikuti tempat keenam di pusingan kedua dan tidak menamatkan saingan di pusingan ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan ... at-fareez-ke-jempol |
|
|
|
|
|
|
| |
|