CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 2

[Sarawak] Ayah berpakaian tradisi etnik Bisaya rai majlis konvokesyen anak lelaki

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:16 PM | Show all posts |Read mode


Selamat Jati (dua kanan) berbusana etnik Bisaya bersama isterinya, Adeline (kiri) dan Esha Marcella (dua kiri) meraikan konvokesyen Esha Emmanuel (tengah) dan Esha Pierra (kanan) di University of Manchester, United Kingdom.

LIMBANG: Seorang ayah merakamkan kenangan manis dan bermakna dalam hidupnya dengan memilih memakai  pakaian tradisi etnik Bisaya pada majlis konvokesyen kedua anak lelakinya di University Of Manchester United Kingdom, pada 13 Julai lalu.

Anak jati Limbang yang juga Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah, 56, berkata, beliau ingin mencipta kelainan dengan meraikan hari gembira itu selain mempromosikan budaya Bisaya sehingga menarik perhatian masyarakat di Eropah.

“Pakaian tradisional Bisaya ini dipakai semasa graduasi kedua-dua anak lelaki saya yang turut dihadiri isteri saya, Adeline Etin Galis, 53, serta anak perempuan sulung, Esha Marcella, 27.

“Ini satu kenangan untuk meraikan kejayaan anak-anak khususnya mewakili etnik Bisaya di mata dunia,” katanya kepada media di sini hari ini.

Selamat Jati tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira, teruja dan bersyukur atas kejayaan ketiga-tiga anaknya yang berjaya menamatkan pengajian di University of Manchester, United Kingdom iaitu antara universiti terbaik di dunia dalam bidang kejuruteraan dan seni bina di bawah tajaan MARA.

Anak pertama mereka, Esha Marcella lulusan kejuruteraan awam sepatutnya mengambil ijazahnya pada 2020, tetapi ditangguh gara-gara pandemik COVID-19 dan majlis konvokesyennya dijadualkan 20 September tahun ini.

Pada masa ini, Esha Marcella bekerja dengan Syarikat Fulton Hogan di Auckland, New Zealand dan mengambil peluang meraikan kejayaan kedua-dua adik lelakinya bersama ayah dan ibunya yang datang dari Sarawak meraikan hari bermakna itu.

Manakala anak kedua mereka, Esha Emmanuel, 25, lulusan Seni Bina (Kepujian) bekerja dengan sebuah syarikat arkitek di Kuching dan anak ketiganya, Esha Pierra, 24, Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan (Awam) ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat di Manchester bermula September tahun ini.

Sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara, Esha Marcella dan Esha Emmanuel belajar di Kolej MARA Banting, Selangor (KMS), manakala Esha Pierra belajar di Kolej MARA Seremban (KMS).

“Saya dan  isteri amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya agensi MARA kerana memberi peluang kepada anak-anak kaum minoriti Bisaya (Orang Ulu) di Sarawak.

“Pasti masih ramai yang cemerlang dan perlu dibantu demi meningkatkan pembangunan sumber tenaga manusia di Sarawak,” jelasnya.

Katanya, generasi muda perlu meningkat ilmu pengetahuan mengikut bidang atau kursus yang bersesuaian pada zaman pembangunan dan perkembangan teknologi industri baharu sekarang.

Beliau juga berharap kejayaan ketiga-tiga anaknya dapat menyuntik semangat serta memberi inspirasi kepada pelajar lain khususnya anak-anak Limbang agar turut berjaya dalam pelajaran.


utusanborneo.com.my/2022/07/16
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 09:27 AM | Show all posts
wah hebat2 anaknya. tahniah!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 06:00 AM | Show all posts
bisaya ni bkn dari pilipin ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:16 PM GMT+8 , Processed in 1.626895 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list