
MASIDI
KOTA KINANALU: Angka jangkitan harian COVID-19 terus meningkat hari ini dengan 274 kes baharu, pertambahan 13 kes berbanding jumlah pada hari sebelumnya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan jangkitan baharu yang amat tinggi dengan 137 kes, pertambahan 54 kes berbanding hari sebelumnya.
"Hampir 70 peratus daripada angka jangkitan di Kota Kinabalu adalah melalui jangkitan sporadik.
"Enam daerah lain mencatat peningkatan jangkitan harian termasuk Putatan 21 kes (+4), Tuaran 16 kes (+5) dan Tawau 14 kes (+7)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, walaupun 13 daerah mencatatkan penurunan kes baharu berbanding tujuh daerah sahaja yang mencatatkan peningkatan, tetapi kadar penurunan kes di daerah-daerah tersebut adalah kecil.
Katanya, peningkatan kes-kes baharu yang banyak di beberapa daerah khususnya Kota Kinabalu mengakibatkan jumlah kes baharu bagi Sabah terus berada pada tahap tinggi. "11 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu berbanding lapan daerah semalam.
"Sebanyak 271 daripada 274 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, manakala terdapat satu kes dalam Kategori 3 dan dua kes dalam Kategori 4," katanya.
utusanborneo.com.my/2022/07/16 |