View: 385|Reply: 1
|
[Kelantan]
Bayi lapan bulan hilang suara akibat kemalangan
[Copy link]
|
|
Nur Adilla memberi anak bongsunya, Ahmad Ilham minum susu melalui tiub yang dipasang di bahagian hidung ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Durian. FOTO HAZIRA AHMAD ZAIDI
Kuala Krai: Bayi berusia lapan bulan terpaksa menanggung derita sejak lebih dua bulan lalu sehingga kehilangan suara akibat kemalangan.
Menurut ibunya, Nur Adilla Ab Ghani, 30, anaknya, Ahmad Ilham Mohd Basyid seorang yang aktif dan mudah ketawa apabila sesiapa sahaja yang mahu bergurau dengannya, namun kemalangan yang berlaku pada Mei lalu mengubah kehidupan anaknya.
Katanya, akibat kemalangan itu, anak bongsu daripada dua beradik itu mengalami pendarahan di kepala dan perlu menjalani pembedahan membuang darah beku di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian untuk menyelamatkan nyawa anaknya.
"Selama 10 hari anak saya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital USM yang kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, bagi rawatan lanjut dan hampir dua minggu berada di sana sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
"Lebih menyedihkan lagi, leher anak saya juga terpaksa ditebuk untuk memudahkannya bernafas selain perlu minum susu yang diberikan melalui tiub yang dipasang di hidungnya, malah kedua-dua matanya tidak dapat melihat kesan daripada pendarahan di kepala," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Durian, di sini, semalam.
Terdahulu keluarga berkenaan menerima kunjungan daripada aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed yang menyampaikan wang zakat dan sumbangan barang keperluan makanan asas.
Nur Adilla berkata, dia yakin anak bongsunya itu akan sembuh dan menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.
"Kami sekeluarga tidak pernah putus mendoakan Ahmad Ilham cepat sembuh dan apa pun keadaannya selepas ini, kami tetap menjaganya walau dalam apa keadaan sekalipun kerana dia darah daging kami," katanya.
Nur Adilla berkata, setiap bulan dia perlu memperuntukkan RM500 untuk membeli keperluan anak bongsunya termasuk lampin pakai buang dan susu berharga RM 117 setin yang hanya mampu bertahan untuk tempoh sembilan hari.
"Bagi meneruskan kelangsungan hidup, kami sekeluarga hanya bergantung kepada suami yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM50 sehari dan ada ketika terpaksa meminjam wang daripada keluarga terdekat untuk membeli barang keperluan anak bongsu kami.
"Dalam masa sama, saya juga masih berhutang dan belum melangsaikan sepenuhnya bil rawatan anak ketika mendapatkan rawatan di Hospital USM," katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu keluarga ini boleh menghubunginya di talian 016-3474283.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-akibat-kemalangan |
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan family ini. aamiin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|