CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 442|Reply: 0

[Kelantan] Projek Empangan Nenggiri, Orang Asli dipindah ke lokasi lebih baik

[Copy link]
Post time 18-7-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Projek Empangan Nenggiri di Gua Musang sebelum ini mendapat bantahan dalam kalangan penduduk Orang Asli.

KOTA BHARU: Penduduk Orang Asli yang terjejas akibat Projek Empangan Nenggiri di Gua Musang akan dipindahkan ke kawasan yang lebih baik, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, penempatan baharu mereka juga akan dilengkapi kemudahan yang lebih sempurna.

"Kita sudah mengadakan sesi libat urus dengan penduduk Orang Asli sebanyak 30 kali dan mereka juga boleh mengusahakan tanaman getah di kawasan baharu nanti," katanya ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) mengenai faedah Projek Empangan Nenggiri kepada penduduk Orang Asli pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan ketika menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) berhubung harapan kerajaan negeri terhadap projek berkenaan, memaklumkan projek yang siap pada 2027 itu bukan saja membekalkan tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), malah turut memberi manfaat termasuk tebatan banjir dan meminimumkan kesan banjir yang kerap melanda Kelantan.



"Selain itu, ia membekalkan air bersih dan menjadi sumber pengairan untuk pertanian serta pelancongan.

"Untuk Projek Empangan Nenggiri ini, ia mampu memberi peluang pekerjaan sebanyak 2,500 pada peringkat pertama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... e-lokasi-lebih-baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.040815 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list