|
Dr Izani Husin
KOTA BHARU: Sebanyak 7,078 kes membabitkan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Kelantan sejak Januari lalu.
Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin, berkata kes HFMD menyaksikan peningkatan sebanyak 27 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu dengan 261 kes dilaporkan.
"Namun begitu, kes HFMD tahun ini adalah dalam aliran menurun kerana kes yang dilaporkan pada minggu epid 28 adalah sebanyak 39 kes, menurun sebanyak 58.5 peratus berbanding minggu epid 27 iaitu 84 kes.
"Sebahagian besar wabak yang dilaporkan adalah membabitkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak," katanya menjawab soalan Mohd Rusli Abdullah (PAS- Wakaf Bharu) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini.
Dalam perkembangan sama, Dr Izani berkata tindakan diambil Jabatan Kesihatan Kelantan dengan menutup TASKA atau pusat jagaan kanak-kanak selama dua minggu jika terdapat kes HFMD dilihat berkesan.
"Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan dinasihati untuk tidak menghantar anak ke pusat jagaan kanak-kanak, TASKA, tadika atau sekolah sebaliknya harus dibawa ke klinik untuk rawatan.
"Inisiatif terbabit dapat menyekat penularan kes sekali gus mencatat penurunan secara ketara. Memandangkan penyakit ini tiada vaksin khas yang boleh diambil, masyarakat perlu lebih peka untuk mencegahnya.
"HFMD boleh dijangkiti melalui titisan air liur batuk dan sentuhan, justeru kita perlu mengamalka untuk menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Izani berkata, sebanyak 78, 727 kes COVID-19 dilaporkan sehingga 18 Jun, bagaimanapun ia menunjukkan trend menurun secara ketara dengan kurang 50 kes bagi tempoh masa 16 April sehingga 22 Jun.
Menurutnya, kerajaan negeri menganggap program vaksinasi COVID-19 di negeri itu berjaya walaupun masih ada segelintir masyarakat yang tergolong dalam kumpulan antivaksin.
https://www.bharian.com.my/berit ... ngkat-27-kali-ganda |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|