CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki hina Islam, Nabi Muhammad SAW direman 4 hari

[Copy link]
Post time 19-7-2022 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Krai: Pemuda yang ditahan kerana mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial direman empat hari bermula hari ini, hingga Jumaat ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias terhadap suspek yang berusia 35 tahun dan ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Penganggur ditahan reman selama empat hari bermula hari ini di Mahkamah Kuala Krai, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Harian Metro semalam melaporkan, polis menahan lelaki yang didakwa mempersenda dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad SAW melalui hantaran video di media sosial.


Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dipetik berkata, pihaknya menerima laporan jam 9.15 pagi semalam, berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video.

Katanya, suspek yang tidak bekerja ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang jam 11.30 pagi hari yang sama.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eman-4-hari-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.390896 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list