CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 0

[Terengganu] Seorang lagi individu hina Islam ditahan

[Copy link]
Post time 20-7-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode

PENGANGGUR ditahan reman selama empat hari kerana disyaki menghina agama Islam melalui satu rakaman audio yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Polis menahan seorang penganggur selepas dipercayai menghina agama Islam serta beberapa individu menerusi rakaman audio yang tersebar sejak Isnin lalu.

Suspek yang juga seorang duda berusia 59 tahun itu ditahan di rumahnya di Chendering di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati rakaman audio itu dilakukan pada tahun lalu namun baru ditularkan.


Beliau berkata, seorang individu yang menyedari kewujudan rakaman itu membuat laporan polis malam tadi yang membawa kepada penahanan suspek.

"Rakaman ini adalah ulangan daripada yang telah berlaku pada tahun lalu dan ditularkan semula oleh individu tertentu.

"Menerusi rakaman audio itu, kita dapat mendengar suara seorang lelaki memaki hamun kepada individu tertentu termasuk agama Islam.

"Tindakan suspek adalah penghinaan bukan saja kepada agama Islam tetapi boleh mendatangkan ketidakharmonian kepada masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, suspek yang turut mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Katanya, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine itu disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kita memandang serius isu sebegini dan orang orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan agama sebagai jenaka kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan menimbulkan situasi tidak harmoni dalam kalangan masyarakat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hina-islam-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.236441 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list