CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Kelantan] Mangsa ribut Kampung Tualang pasrah

[Copy link]
Post time 24-7-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Anas Ardi Ali Mohamed Jamil, 31, melihat sebahagian besar bumbung rumah pusaka yang didiaminya berlubang kerana atap zink diterbangkan ribut dalam kejadian malam 9 Julai lalu. - Foto SITI ROHANA IDRIS

KUALA KRAI: Mangsa ribut di Kampung Tualang, di sini pasrah dengan keadaan sebahagian rumah masing-masing yang tidak berbumbung dan dinding terkopak kerana tidak mampu dibaik pulih berikutan kekangan kewangan.

Walaupun kejadian ribut berserta hujan batu di kampung itu menyebabkan 13 rumah mengalami kerosakan, sudah dua minggu berlalu namun masih ada mangsa terpaksa tinggal dalam keadaan sedemikian.

Anas Ardi Ali Mohamed Jamil, 31, rumah pusaka yang sedia ada uzur semakin daif disebabkan kejadian yang menimpa malam 9 Julai lalu yang menyebabkan sejumlah kepingan zink tercabut dan diterbangkan angin.

"Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, saya berada dalam rumah dan tiba-tiba ribut datang melanda dengan kuat sehingga menerbangkan kepingan zink dan sebahagian dinding juga terkopak.



"Memang asal rumah ini sudah uzur kerana banyak dinding sudah dimakan anai-anai tapi selepas kejadian ribut itu, kediaman saya ini semakin teruk dan kelihatan seolah-olah rumah terbiar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anas Ardi yang tinggal berseorangan berkata, dengan keadaannya yang tidak bekerja kerana menghidap kencing manis, buah pinggang serta skizofreni, hidupnya hanya mengharapkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja sekaligus tidak mampu untuk membaik pulih rumahnya yang sudah pasti menelan kos besar.

Situasi yang sama dialami Rohana Sidik, 57, yang menyebabkan beberapa keping atap zink rumahnya diterbangkan ribut dan dinding di bahagian dapurnya turut terkopak yang sehingga kini masih belum dapat dibaiki.

Rohana berkata, ribut kencang bersama hujan batu bukan sahaja menimpa kediamannya tapi juga menyebabkan banyak pokok sekitar hampir tumbang malah anaknya, Mohd Aidi Norizan, 32, nyaris 'hilang nyawa' kerana diterbangkan ribut ketika berada dalam rumah rakit.

"Rumah saya di tepi Sungai Lebir dan ketika kejadian anak sedang berehat dalam rumah rakit sebelum angin ribut yang datang dengan tiba-tiba menerbangkan rumah rakit itu bersamanya.

"Rumah rakit itu diterbangkan kira-kira sejauh 100 meter bersama anak yang berada di dalamnya dan dia menerima enam jahitan di telinga kirinya kerana cedera terkena besi dalam rumah rakit.

"Kami masih belum mampu menukar atap zink baharu dan kini hanya berlindung dengan kanvas sahaja yang dipasang dan jika berlaku hujan, memang akan bocor menyebabkan saya meletakkan besen untuk menadahnya," katanya.

Terdahulu badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menyampaikan sumbangan makanan asas dan wang zakat kepada mangsa.
https://www.bharian.com.my/berit ... pung-tualang-pasrah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.253523 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list