CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 418|Reply: 0

[Kelantan] Tunggu laporan bedah siasat penemuan mayat berbungkus

[Copy link]
Post time 26-7-2022 02:16 PM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan berdekatan kolam air panas di Jalan Gua Musang-Lojing, Ahad lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, mayat berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Katanya, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 8.30 malam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat berkenaan.


"Berdasarkan keadaan mayat yang ditemui, saya percaya ia sudah lebih daripada tempoh sehari.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu perkembangan laporan hasil bedah siasat yang akan diketahui dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bit Base Zon Unit Polis Pelancongan di Mydin Mall Tunjong, di sini, malam tadi.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.


MUHAMAD Zaki menandatangani plak Pelancaran Bit Base Zon Unit Polis Pelancongan di Mydin Mall Tunjong. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Terdahulu, tular video berdurasi 29 saat di aplikasi TikTok mengenai penemuan mayat dalam keadaan berbungkus dan dipercayai sudah berulat berdekatan kolam air panas di Jalan Gua Musang-Lojing.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, bagi memaksimumkan tahap keselamatan di sekitar kawasan tumpuan pelancong, pondok bit polis dibina di lokasi strategik di mana anggota yang bertugas akan melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berhampiran.

"Di Kota Bharu terdapat empat pondok bit polis iaitu di Mydin Mall, Tunjong; Wakaf Che Yeh; Lembah Sireh; dan Pasar Besar Siti Khadijah selain di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor yang menjadi tumpuan pelancong dari luar ke Kelantan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.053656 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list