CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 904|Reply: 1

[Sarawak] Upacara sembahyang 'Hantu Lapar' perlu dapatkan permit MPS

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:35 AM | Show all posts |Read mode
SIBU: Orang ramai yang mahu melakukan upacara sembahyang sempena perayaan 'Hantu Lapar' di tepi jalan perlu mendapatkan permit kebenaran daripada Majlis Perbandaran Sibu(MPS).

Pengerusinya Clarence Ting berkata, permit tersebut bagi memastikan mereka yang mengadakan upacara berkenaan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

"Mereka yang melakukan upacara sembahyang perlu memastikan kawasan tersebut dapat dibersihkan selepas upacara selesai.

"MPS menerima aduan orang ramai berkenaan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang meninggalkan kawasan upacara tanpa dibersihkan selama dua minggu di Bukit Lima tahun lepas.

"Saya sendiri pergi ke sana dan melihat semua makanan yang dipersembahkan untuk upacara sembahyang dibiarkan begitu dan sangat busuk," ujarnya.

Ting berkata, MPS terpaksa mengambil langkah tersebut kerana sikap orang ramai yang tidak bertanggungjawab dan berharap orang ramai dapat bekerjasama dengan MPS pada tahun ini.

"Kita hidup dalam masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama, tidak semua orang meraikan perayaan hantu lapar.

"Mereka yang meraikannya perlu menghormati dan menjaga kebersihan tempat awam ini," tegasnya.

Beliau berkata sekiranya orang ramai masih tidak mahu membersihkannya selepas perayaan itu, MPS akan mempertimbangkan untuk melarangkan amalan itu.

Sementara itu, mengenai perkembangan wabak rabies Ting memberitahu, situasi rabies di bahagian Sibu sangat membimbangkan.

Beliau menggesa kesihatan awam MPS bekerjasama dengan jabatan veterinar bagi menyelesaikan isu itu.

"Situasi rabies agak serius di Sibu sekarang.

"Ia adalah nombor satu di negeri ini," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/07/27
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2022 05:51 AM | Show all posts
HAHAHAHAHA....lawak plak kalau dlm bahasa..hantu lapar..(hungry ghost festival).
Di singapore penuh ni tong2 bakar duit or colok tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.408139 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list