CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 617|Reply: 1

[Sarawak] Sarawak masih karbon negatif, 65 peratus masih dilitupi hutan

[Copy link]
Post time 28-7-2022 08:37 AM | Show all posts |Read mode


Dr Hazland (duduk, empat kanan) dan tetamu jemputan lain merakamkan kenangan bersama peserta ICCE di yang diadakan di BCCK hari ini. - Gambar oleh Muhammad Rais Sanusi

KUCHING: Sarawak masih kekal karbon negatif yang menggambarkan usahanya ke arah mencapai kelestarian alam sekitar bagi menangani fenomena perubahan iklim.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, buat masa ini Sarawak masih lagi karbon negatif kerana 65 peratus daripada negeri ini masih dilitupi oleh kehijauan hutan.

"Daripada 65 peratus kawasan hijau ini, dianggarkan 15 peratus adalah pokok bakau dan ia merupakan pokok yang boleh menyerap tiga kali ganda karbon berbanding pokok biasa.
"Sementara itu daripada 65 peratus itu juga, kira-kira 10 peratus adalah tanah gambut yang juga merupakan penyerap karbon yang terbaik.

"Kita sepatutnya bangga kerana Sarawak masih lagi berada di karbon negatif," ujarnya ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Tenaga Bersih Ke-18 (ICCE) anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri juga terus memberi keutamaan kepada kelestarian alam sekitar termasuk dalam menangani isu perubahan iklim yang dialami dunia kini.

Melihat kepada perkara berkenaan katanya, kerajaan negeri telah menubuhkan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar yang diterajui Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, kementerian berkenaan akan memantau dan mengatur strategi kelestarian alam sekitar selaras dengan dasar kerajaan ke arah mencapai ekonomi hijau.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UTM Dr Rosli Illias dalam ucapannya berkata, persidangan itu dijangka menjadi platform untuk ahli akademik, penyelidik, penggubal dasar, pihak berkepentingan dan pihak berkuasa untuk duduk bersama untuk bertukar-tukar idea, merancang dan meneliti semua kemungkinan dari semua aspek mewujudkan sistem tenaga bersih.

"Saya pasti, kita mempunyai ramai pemikir dan penyelidik yang telah mula meneroka dan menyelidik teknologi tenaga bersih dan mungkin juga ada kajian yang dijalankan mengenai pengurusan sumber tenaga ini yang boleh dikongsi bersama pemain industri dan pihak berkuasa untuk mencipta teknologi tenaga bersih yang mampan.

"Jika sistem tenaga bersih ini dapat diwujudkan secara meluas, saya yakin ramai lagi yang akan turut mendapat manfaat dari segi pulangan sosial dan ekonomi," katanya.

Beliau berharap input daripada perbincangan dan pembentangan kertas kerja pada persidangan itu akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam mewujudkan sistem tenaga boleh diperbaharui dan bersih.

Selain itu katanya, ia mewujudkan sistem yang kurang terdedah kepada kejutan pasaran dan meningkatkan daya tahan dan keselamatan tenaga dengan mempelbagaikan pilihan bekalan kuasa.


utusanborneo.com.my/2022/07/27
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2022 05:57 AM | Show all posts
bukan ka pakcik tua tu dah redah semua hutan sana...hehehehehe...65% ??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.494922 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list